Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Thursday, May 02, 2013

Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde

Assalamualaikum peeps.

Hari ni Huda nak kongsi resepi Buah Melaka. Pada sapa-sapa yang teringin nak makan buah melaka tu boleh la cuba sendiri dekat rumah. Tak susah pun nak membuatnya. Apa yang penting kena pandai cari resepi bcoz sometime tak semua resepi yang kita follow menjadi. Kalau menjadi ok la kan. Kalau tak menjadi membazir pulak. Huhu.


RESEPI BUAH MELAKA
SUMBER: Chef Hanieliza
OLAHAN: Cik Huda
-----------------------------------------------

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum (Huda guna 2 sudu makan)
1 cawan jus pandan
2 ketul gula melaka (dipotong dadu kecil)
1/2 biji kelapa parut muda (diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA
1. Bancuh tepung pulut, tepung gandum, garam dan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka ditengahnya dan bentukkan seperti bola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut.
5. Apabila timbul, angkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan buah melaka dalam kelapa parut muda bercampur sedikit garam.
7. Siap dihidangkan.

Selamat mencuba! 

Xoxo Huda.



2 comments:

  1. Dah lama tak makan buah melaka. Nak kena try ni. Hikhik!

    ReplyDelete
  2. nana kamarul Try jgn tak try. Hihi :D Selamat mencuba!

    ReplyDelete

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014