Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Saturday, December 24, 2011

wishlist 2012


Assalamualaikum
and good morning all of you

Wah wah. Ayat pembuka bicara macam nak buat presentation. Hahah. Entry kali ni more on wishlist untuk tahun 2012. Yela...tahun baru dah nak dekatkan. Jadi haruslah ada senarai wishlist. Kekeke. Actually saya seorang yang sukakan gadget. Even tak berkemampuan lagi (sbb student xde gaji) tapi saya suka follow pasal the latest gadget. Best wooo tengok teknologi makin berkembang. Benda yang dulu sangat-sangat susah untuk diperolehi, sekarang ni dah macam beli goreng pisang tepi jalan.

Ingat lagi masa sekolah menengah, tak pernah ada handphone sendiri. Dah masuk Politeknik baru merasa pegang handphone. Tu pun handphone biasa-biasa je. Tapi budak-budak sekarang kecik-kecik dah pakai handphone. Hohoh. Kadang-kadang lagi canggih dari orang dewasa. Maybe sebab ibubapa zaman sekarang ni dah celik IT kot. (apa daa yang saya merepek ni...duhhh)

Ok la. Ok la. Berbalik kepada tajuk entry saya tu....saya berharap sangat-sangat-sangat-sangat la dapat memiliki:

1. Samsung Galaxy Note


 Smartphone ni memang smart la. Multi-function. 2 in 1. Dah tak payah nak bawak laptop pegi memane. Just usung Samsung Galaxy Note je. Hahaha. Bapak best.

2. coming soon...kekeke

Rasanya setakat ni yang tu dulu kot. Nanti kalau ada lagi saya update. Yahooo!!


p/s: nak tdo (3:38am dah) sambil berangan wishlist tu. hehe ^____^








Tuesday, December 13, 2011

awesome day

Today is awesome day.
Because what?
6 month ago I leave this blog
And today
When i visit my blog...wow
Many people shout in my Shoutbox
Hohoho
Sorry ya
I cant leave my shout in your Shoutbox
I'm very busy rite now
I promise when my work done, I visit your blog.
Ok dear.
Thanks for your support.
^_^


Saturday, September 17, 2011

fuh...lega



Salam readers.

Akhirnya ai berjaya juga mengedit template blog ni.
Setelah sekian lama memendam rasa sebab tengok blog orang cun je.
Hahaha.



Monday, July 25, 2011

rindu kamu



Hye readers.

Today ai terasa rindu sangat dekat blog lama.


Oh dah lama tak menjenguk dan menulis bait-bait disitu.
Entah bila agaknya dapat meluangkan masa untuknya.
* Macam mana tak ada masa..hari-hari mengadap laptop tapi mendownload movie. Hoho
Tunggulah seketika bila ai betul-betul free.
Itulah banyak sangat blog kan.
Tapi semua tak berkembang maju.
Hahah.



Sunday, July 24, 2011

syukur syukran



Hye readers.

Korang biasa dengar tak syukur syukran?
Ini maksudnya syukur terima kasih.
Kepada siapa?
Tentulah kepada Sang Pencipta.
Dengan izinnya dan limpah kurnianya
Si gedik yang hina ini dapat menyiapkan laporan latihan praktikal.
Dalam tempoh 5 hari.
Amin.
5 hari 4 malam tidur lewat.
Semua gara-gara laporan tu.
* Jangan nanti bila dah tua kena darah tinggi gara-gara tidur lewat. Huuu.
Sekarang pun dah lewat.
Hampir pukul 2 pagi.
So cukup setakat ini ai membebel.
Gudnite uols.
Sweet dream.



Thursday, July 21, 2011

im fallin in love


Hye readers.

Today and this time ai amatlah sibuk.
Sibuk dengan apa lagi.
Kalau bukan menyiapkan laporan latihan praktikal.
Ouch.
Fenin fenin.
Sambil buat laporan ai usha koleksi gambar yang boleh dimasukkan dalam laporan.
Tup tup apa yang ai jumpa.
Seriously nak meleleh je air liur.
Bila tenung lama-lama rasa mengidam la pulak.
Tapi memandangkan ai puasa.
* Cit. Puasa tak habis.
So terpaksa la ai kuatkan iman.
Korang jangan fikir bukan-bukan.
Jangan dipengaruhi oleh otak korang yang color Pelangi tu ye.
Meh ai tunjuk dekat korang apa yang ai tengok.
Kejap ek.
Kejap je.
Sabar.
* Cepat la minah oi. Dah tak sabar nak tengok ni.
Ok la ai tunjuk.
Isk isk isk.
Janji korang pun jangan terliur or mengidam ek.
* Adoi. Tak habis-habis lagi membebelnya.
Yela.
Ai tunjuk sekarang.
Nanti kena marah.
$_$
.
.
.
.









.
.
.
.
.

Terliur?
Slurrrrp.
Sedapkan.
Marvelous.




Tuesday, July 12, 2011

imej ala-ala J-Lo


Hye readers.

Entry kali ni lebih kepada menipu.
What?
Menipu?
Siyes?
Hehehe.
Rilek dulu.
Jangan cepat gelabah ye.
Ai just menipu title entry je.
Hihihi.
Sebab ianya takde sangkut paut pun dengan content.
Jangan marah ye.
Takut oh.
^_^
* Minah ni cakap mende ntah.
* Macam la ada orang nak baca blog ai.

Hari tu ai pindah bilik baru.
* Sukanya.
Disebabkan bilik ni terlalu besar, 5 or 6 kali jugak la ai ubah susunan perabot.
Mati ai sakit tengok bilik macam tak menarik.
* Ceh. Bajet bilik diva la tu.
Setelah penat memerah keringat
Akhirnya ai berjaya menyihatkan kembali mata ai.
* Cakap macam ulat serap. Haish.
Ai lukis pelan baru untuk ubah perabot.
Bijak kan.
* Nak muntah hijau.
Dan dan dan
Ting
Ting
.
.
.

RUANG BERADU




RUANG ISTIREHAT




SUDUT INSPIRASI





KATIL AI






KATIL ADIK AI


.
.
.

Haaa.
Amacam.
Cute kan.
* Wek wek




Saturday, July 09, 2011

new name???


Hye readers.

Mesti korang terpinga-pinga.
Sampai ternganga-nganga tengok watermark picture ai.
Siapa NUR ALYA NADIRA ek?


Hihihi.
Jangan terkejut.
Ni nama ai yang baru.
AKA nama anak ai yang sulung.
Ceewah.
*Berangan la kau.
Budget nak anak kembar.
Ahaha.
Sepasang.
Lagi sorang nama MUHAMMAD AQIF DANIAL.
Ni semua pengaruh novel.
Semua novel ni ai seludup dari library.
*Gila jahat.
Nak tahu novel apa?
Nanti ai buatkan entry baru eyh.
Bawak bertenang.
Ehehe.
*Meroyan ke apa budak ni.




Friday, July 08, 2011

tweet tweet...yummy


Hye readers.

Korang pernah mengidam tak?
Tak pernah?
Sebab?
Belum pernah mengandung?
Haish.
Apa la korang ni.
Mengidam bukan untuk orang mengandung je la.
Kita yang muda remaja ni pun boleh mengidam tahu.
Misalnya...
Tweet tweet
.
.
.
.
.





.
.
.
.
.

For sure la korang kenal buah ni kan?
Bila musim durian rasa macam mengandung pulak.
Hahaha.
Tetiba je kan.
Mengada la ai ni.
Tampar kang.




Saturday, June 11, 2011

mahu cukupkan koata?


Saya pelik dengan insan bernama lelaki. Apabila isu " tambah pencawang " diutarakan, mereka berperwatakan seperti orang lain. Rata-rata mengatakan mereka ingin menambah koata disebabkan sikap isteri yang memualkan seperti semakin berisi, tidak pandai berhias, tidak pandai mengemas dan macam-macam lagi. Tidak kira samada mereka berpegang teguh pada agama atau sekadar Islam pada nama. 

Tetapi sedarkah mereka isteri yang memualkan itulah yang telah bergolok gadai menyabung nyawa melahirkan zuriat mereka. Tidak terfikirkah? Kemana perginya kewarasan akal fikiran? Nauzubillah. Janganlah memberi alasan yang tidak relevan semata-mata untuk mencari pengganti.

Mungkin mereka punya harta yang melimpah ruah untuk mencukupkan koata. Namun adakah mereka yakin yang mereka dapat berlaku adil? Mereka terlalu menitik beratkan tentang perasaan mereka tetapi bagaimana dengan perasaan seorang isteri? 

Kepada lelaki diluar sana yang berhasrat untuk berkahwin lagi, tidak mengapa menambah koata tapi jangan memburukkan isteri. Jika anda mengatakan diri anda seorang yang beragama, sudah pasti anda tidak akan tergamak melukai hati isteri anda...ibu kepada zuriat anda. Berkahwin bukan sekadar suka-suka tetapi untuk selamanya. Berkahwin juga mengajar kita untuk memberi. Jika rumah tangga tidak bahagia, kitalah yang perlu merubahnya. Mencorakkan kembali apa yang perlu dicorakkan. Tidak salah kalau anda bermula dari awal. Kayak pasangan baru menikah. Sekali sekala belajarlah dari orang kafir. Sisi yang baik diambil untuk dijadikan manfaat bersama. Jangan berlagak sombong gara-gara anda beragama sedangkan mereka kafir. Dan yang paling penting, dapatkanlah redha-Nya. Maka anda akan merasa tenang disamping isteri dan anak-anak.

p/s: Saya cukup hormat dan tabik pada LELAKI yang sanggup mencintai isterinya sampai mati. Bak kata-kata ketika bercinta "saya sanggup menerima awak apa adanya". Pada LELAKI yang dapat mengotakan kata-kata itu, dialah LELAKI yang baik. Belum tentu orang yang beragama dapat melakukannya. Tepuk dada tanya iman.




Saturday, June 04, 2011

cindarella dan kasutnya


Tadi masa lunch hour, ai dengan member pergi Jusco Bandar Perda. Member ai nak cari kasut. Then we all masuk la Jusco. Rambang mata seh. Sekarang tengah sale. Macam-macam design kasut. Ai siap buat list nak beli kasut mana. Hehe. Bajet macam duit ai berjuta-juta la kan. Nak tengok kasutnya? Jeng jeng jeng.


Kasut Alain Delon tu harga dia RM 79.90 tapi ada less 50% so dapat la harga RM 39.95. Kalau harga asal memang ai tak beli dah. Kih kih kih. Then kasut ala-ala Croc tu (nampak sangat tiruan...ngeh ngeh) ai beli dekat Billion after habis kerja. Harga dia RM 9.90 sahaja. Kalau dekat Merbok mahu RM 17.00. So berbaloi la ai beli kan. Ceh. Berbaloi apanya. Duit melayang sesaja. Asal hari Jumaat je mesti berbelanja sakan. Haiyo.



Thursday, June 02, 2011

manis sesaje


Sepanjang ai praktikal selama 2 minggu, ada la secebis kenangan manis. Kenangan pertama dimana seorang staff telah mempromote adik ipar dia dekat ai. Siap tunjuk gambar family mertua dia and bagi nickname facebook adik ipar dia. Omg. Pipi ai dah merah dah time tu. Siapa tak malu kan. Haish. Tak nak la jadi perigi cari timba. Lain la kalau adik ipar dia memang berkenan dekat ai kan. Adik ipar dia sekarang ni nak konvokensyen. And lepas ni maybe pergi oversea. Budak tahfiz memang cerdik sikit. ^_^

Then kenangan kedua dimana kawan ai and seorang staff belanja ai because my birthday. Even it is simple thing such as belanja makan tapi it show they appreciate me. Oh sukanya. Kalau hari-hari orang belanja ai kan best. Oh nak kena penyepak kah? Hehehe.

Next pengalaman masa dekat expo tu ai panggil orang daftar jadi ahli library. Then sorang mamat ni nak promote produk APT. Ala. Salon. Apa la korang ni. Lepas dia terang pasal produk dia, ai suruh dia isi borang. Sambil tu dia tanya ai umur berapa. Ai dengan yakinnya jawab 23 tahun because ai ingatkan dia umur 25. Last-last ai tengok dekat borang lahir tahun 1989. La adik rupanya. Then kawan dia datang. Yang ni pulak jenis liat sikit nak tulis no kad pengenalan. Ada ke patut dia tulis "MALAYSIA". Haiyo. Sembang punya sembang dia suruh ai teka umur dia. Ai kata la 25 tahun. Pastu dia cakap dia lahir tahun 1984. Mak ai. Dia dah tua rupanya. Hari ni ai asyik salah teka je. Bluerk.



Seth chenta Elena


Masuk hari ni dah 2 hari ai tak dapat tengok drama Nora Elena. Mencik. Semalam ai balik je kerja terus masak goreng pisang because semalam my birthday so kena berlakon and berlagak rajin sikit. Ceh. Hari ni pulak ai tak dapat tengok sebab ai balik kerja lewat. Ai kena buat promosi dekat expo. So hot. Sampai berpeluh-peluh ai dekat situ. 


Urm berbalik kepada drama Nora Elena tu, ai suka dengan gaya Seth yang macho tu. Oh kalau la ai dapat lelaki yang sejibik macam Seth...alangkah bahagianya (bab sembahyang dititik beratkan ye). Mana taknya. Isteri just terkehel kaki tapi berlagak macam isteri nak bersalin. Omg. Caring. Ehem. Suka lelaki macam Seth ke suka Aaron Aziz? Tettt. Haha. Peace.



Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014