Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Sunday, May 19, 2013

[Download Full Episode] Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum peeps.


Memandangkan drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tengah meletop-letop di slot Zehra TV3, mesti ramai yang tak nak ketinggalan menonton setiap episod SSID. Ditambah pulak lakonan mantap Izzue Islam (Firash Arshad), Tiz Zaqyah (Syafa Aqira) dan Qi (Hakimi), lagi la membuatkan korang sanggup terpacak depan tv sebelum jam 9 malam. Kan. Baik korang mengaku cepat. Ahahaha.

Bagi yang malas nak download, boleh tonton secara online di website TONTON. Untuk yang rajin download, ni Huda nak share link untuk memudahkan korang download.



SINOPSIS: Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?


EPISOD 01

EPISOD 02

EPISOD 03

EPISOD 04

EPISOD 05

EPISOD 06

EPISOD 07

EPISOD 08

EPISOD 09

EPISOD 10

EPISOD 11

EPISOD 12

EPISOD 13

- TAMAT -



Syokkan tengok drama tanpa gangguan iklan. Ok selamat menonton.

Xoxo Huda

Credit to KepalaBergetar


41 comments:

  1. knape episod 9 xbley dwnload?????????????

    ReplyDelete
  2. wah thank bg link ni nak jugalah download...ni yg buat saya syg awak lebih ni hihi...ikhlas dr hati tau...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. try link ni -> http://hotfile.com/dl/231053376/5bda767/SDia.KBergetar.E07.rar.html

      link episod 7 dah mati -_-

      Delete
    2. tapi file rar lah kak, boleh bukak ke kat windows?

      Delete
    3. kakkk, dah try.. takde pun :(((

      Delete
    4. Cuba adik try follow step ni :-

      1. Klik link -> http://hotfile.com/dl/231053376/5bda767/SDia.KBergetar.E07.rar.html
      2. Klik 'REGULAR DOWNLOAD'
      3. Tunggu selama 60 minit nnt appear 'CLICK HERE TO DOWNLOAD'
      4. Klik je
      5. Download start

      Hope membantu :)

      Delete
  4. Sy bkn peminat drama mlyu tp ssid ni mmg btl2 best, funny n sweet dan yg paling penting x heavy. Xtaw dh brp kali tgk drama ni. Bole rekemen drama lain x yg x heavy...just nice mcm ssid ni? Tq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Ma Gee dah boleh hafal dialog dalam SSID :)

      COntoh skrip Firash Arshad...'Eh engkau ni. Nyenyaknya tido. Bengkak pulak hati ni' :D

      Huda suggestkan Ma Gee tengok cerita RINDU BERTAMU DI ABU DHABI. Yang tu pun best gak. Cuma yang tak best ada watak jahat. KISAH CINTA Ma Gee tak suka ke?

      Delete
    2. Ma Gee, Huda suggest drama baru TV3...Cinta Jannah. Best :)

      Delete
    3. Hihihi...xyh ckp psl script..every gestures dorg pun sy dh hafal..punya suka ngn citer ni..sy sampai suh anak sulong saya pegi bli novel dia..ahaks..1st time dlm hidup sy bli novel melayu tp agak kecewa dgn penggunaan bahasa inggeris kt dlm buku tu. Nak tnye skit kt pembaca novel melayu..sbb ni first time jugak sy baca novel melayu..sume novel melayu guna bbahasa inggeris mcm ni ke? Sayang sekali sbb grammar n expression byk yg x betul..jd sy agak kecewa sikit psl tu..maaf kalo ada yg tersinggung tp itulah hakikatnya..Huda ada baca novel dia x?

      Drama yg Huda sebut kt situ tu dh ada kat blog ni ke atau tu drama baru ya? Sbb sy mmg xtau psl drama melayu ni..umur dh lanjut ni batu rajin nk tgk :))

      Delete
    4. Nampak gaya Ma Gee dah jatuh cinta dengan drama SSID ni sampai suruh anak akak belikan. Hihi. Sy pun belum khatam novel dia. Just baca online. Tu pun berapa kerat je. Haha. Lagi best tengok drama sebab syok tengok Firash dengan Qira. Ngee~

      Ya. Kebanyakan novel melayu memang akan guna bahasa inggeris kak. Bahagian grammar tu tak dapat nak buat apa. Maybe diorang lebih mementingkan jalan cerita berbanding penggunaan ayat.

      It's ok kak. Every has their own perception. ^_^

      RINDU BERTAMU DI ABU DHABI dgn CINTA JANNAH dah disiarkan di TV. Cuma CINTA JANNAH baru 3 episod. Nanti Huda share link ye. Yang KISAH CINTA Huda dah upload cuma x completekan sampai episod 13. Hihi.

      Huda suka lakonan Tiz Zaqiah dengan Izzue Islam. Best! Akak suka tak?

      Akak suka drama/movie bergenrekan sweet ke?

      Delete
  5. Tu lah makanya anak bujang akk jd mangsa beli novel utk ibunya...kihkihkih..tp akk mmg suka gandingan Izzue ngn Tiz dlm citer tu..chemistry mmg best..x boring jln citer dia better sikit kot dr novel asal..bg sesorg yg jarang sgt2 tgk citer melayu mcm akk ni..akk bg 2 thumbs up utk SSID 0(^.^)0....

    Sila2 la share link utk drama2 tu ye..nk gak tgk kalo ada drama lain yg bole challenge drama SSID yg dh bertahta dihatiku nih..kuikuikui..xde la akk asik tgk reruns SSID je..

    Cinta Jannah tu baru eik? Nmpk mcm best...ngeeeee..xtgk lg..

    Akk pun suka ngn Izzue n Tiz...akk xpnh tgk lakonan Izzue sblm ni tp Tiz tu akk mmg suka dr dl lg walaupun akk jrg tgk citer melayu..

    Akk suka romantik komedi sbb drama mcm tu x heavy...umur dh masuk 40-an ni mmg dh xnk tgk citer emo lebih2 nih..sbb kisah sedey2 kt drama tu sume akk dh harung dl2..xnk la asik diingatkan dgn kisah silam..satu hal pulak nanti anak2 tnye kenapa ibu "mendung" aje..kan kannnnn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SSID punya penangan ye kak. Kikiki. Saya setuju dengan akak. Chemistry diorang macam ngam la pulak. Tak jemu tengok walaupun ada part-part yang nampak macam berlakon. Akak perasan tak baju mak Firash? Cuba perhatikan apa yang lawaknya. Nanti akak akan senyum sorang-sorang. Haha.

      Inshaa Allah. Nanti saya sharekan linknya. Tapi tak tahu la samada menepati citarasa akak. Hehe

      Ya. Cinta Jannah baru lagi kak. Lakonan Nelydia Senrose dengan Aeril Zafril. Diorang kena paksa kawen. Saya pun tak tengok lagi episod 1. Terlepas. :D

      Tiz berlakon best kan kak. Real je. Baru-baru ni Izzue berlakon cerita adaptasi novel jugak..'Suamiku Ustaz' tapi berganding dengan Nora Danish. Kan best kalau ganti dengan Tiz. Baru mantap ^_^

      Haha. Kalau akak tengok cerita emo alamatnya kena borong tisu banyak-banyak la. Lagi diorang heran apasal la ibu asyik beli tisu je. :D

      Delete
  6. Actually akk x perasan pun yg Wilma pegang watak sbg Mak Firash tau maklum la sibuk tgk hero ngn heroin aje kan...ngehs..tp tgk muka mcm familiar..kali ketiga tgk citer tu baru ternmpk nama Wilma..wah..lama btl x tgk Wilma kt TV..psl baju mak Firash tu..first impression akk.."wow..vogue sungguh mak dia..kalah heroin"..heehehehee...suami akk je la yg ad tegur kata.."ni mak budak tu ke apa? Pakai tudung tp baju melekap kt badan"..akk no komen sbb ramai kazen2 akk yg pkai mcm tu :-p

    Tp syg jugak dorg tukar jln citer dlm ssid tu yg sepatotnya bersuasanakan bln Ramadan n Syawal ke kenduri arwah utk Farish..sbb Syaf ngn Farish sedondon pkai baju raya sama kaler..mcm citer Korea lak..ahaks..dh la akk ni peminat KDrama dr zaman winter sonata :))

    Akk tgk sinopsis Cinta Jannah td kt YouTube...mcm best je..tp starting citer dia mesti boring kan? Nk sedey2 dl bagai..nk tggu smp ep tu jln smp 3-4 ep baru nk stat tgk..hihihi..

    Tiz mmg best. Akk stat suka dia masa Nur Kasih dl. Suamiku Ustaz tu Izzue main ke? Aramaak...nk kene tgk tuh..la..dgn Nora Danish ke? Hmmm..ngam ke? Sbb ND tu sll ngam ngn pelakon mcm Adi Putra @ Aaron Aziz kot..tp dh kuar ke drama tu? Curious jugak nk tgk gandingan Izzue ngn ND ni :D

    Haaa...tau xpe..dh la anak2 akk yg tgh membesar tu jenis curious tahap gaban..jd satu mslh lak nnt nk menjawab kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyh Wilma memang dah lama berlakon ke kak? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Tapi memang dia vogue kan. Tak nampak macam umur 40an. Kikiki...mesti akak senyap je kan bila dengar suami akak cakap camtu. :) Akak, cuba akak buka balik episod 2 tengok baju mak Firash masa diorang makan malam. Masa tu Farish ada lagi. Design baju dia kelakar. Belang-belang ditengah. :D

      Kan. Sebab tu saya malas baca novel pastu tengok drama. Nanti asyik dok compare je kenapa cerita drama tak sama macam dalam novel. Jadi satu kerja pulak. Hihihi. Wah..akak pun minat KDrama jugak ke? :)

      Macam biasa la kak. Mula-mula sedey, kalau tak dramatik tak sah. Hahaha. Akak, sorry. Cinta Jannah tu baru episod 2. Hari Isnin ni baru episod 3. Huda dah upload episod 1 & 2. Akak nak tonton online pun boleh. Ni linknya http://missqerieyal.blogspot.com/2013/08/download-full-episode-cinta-jannah.html

      Eyh sama la kita. Saya pun start suka Tiz masa Nur Kasih. Masa tu asal hari Jumaat je mesti dah duduk terpacak depan TV. Nak tengok Tiz punya pasal. Hihihi. Entah la. ND macam lembut sangat. Tak tahu la kalau-kalau ada chemistry dengan Izzue. Dalam filem Suamiku Ustaz tu, hero dia Adi Putra, heroin dia ND. Izzue pulak jadi bestfren ND. Maybe tak banyak watak Izzue la kot. Huaaaa.

      Kikiki..sabo je la kan kak. :D

      Delete
  7. Nmpk sgt Huda ni muda belia lg sbb x kenal Wilma...hihihi..kitorg yg 40-an ni mmg tau sapa Wilma..usia pun lebih kurang cuma dia vogue lg dr kitorg...huahuahua..tp mmg nmpk tua dh dia..mungkin sbb byk pakai mekap dr muda..nmpk dh wrinkles kt tepi mata dia..tp body dia mmg cun ;-p

    Ha...nnt akk tgk balik ep 2 tuh..hihihi..

    Sudah pasti akk ni avid fan KDrama..tu yg lama x tgk drama melayu tu..ahahaks..KDrama punya psl..terus subscribe Astro Pvr sbb xnk gaduh ngn cik abg yg suka tgk drama melayu..kehkehkeh.

    Cinta Jannah tu bakal jd my next target ;-)

    Huda punya rekemen kt Suami aku ustaz...akk spend satu mlm baca citer dia online smp bab 25 :-p
    Jln citer mcm menarik..bila filem nk kuar eik? Bole g dating ngn dahling tgk kt pawagam..kuikuikui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...pandai akak teka. Memang Huda tak kenal pun siapa Wilma. Dalam cerita SSID tu la baru 1st time tengok Wilma. Yeke. Dulu muda-muda mesti Wilma cantikkan. Ala akak pun apa kurangnya. Entah-entah sama vogue macam Wilma. :D

      Okey. Nanti akak jangan gelak sorang-sorang lak. Lagi la anak akak curious. Hihihi

      Ekeke...habis tu akak berebut remote tak? Sorang nak tengok Korea sorang nak tengok drama Melayu tapi Korea memang best kan kak. Akak dah tengok cerita I Miss You tak? Terbaik kak ^_^

      Lajunya akak baca. Sampai bab 25 tu. Anak-anak tak kacau ibu dia ke? Tengah-tengah nak feeling tetiba anak datang :p Kalau tak silap tahun depan filem tu keluar. Kan...apa lagi kak. Save the date :)

      Delete
  8. Hihihhi...akk tgk dh baju yg wilma pkai kt ep 2..serious x sesuai..lain mcm pulak bila tgk..since tat akk pun ada 2 anak laki..design2 yg mcm tu mmg patot dielakkan dr pkai dpn anak..sapa la agaknya yg pilih bju tu utk wilma pkai..hihiii..tima kacih la ye sbb kata akk vogue..ngehs..mmg opposite la Huda..akk paling x vogue dlm fmly sbb suka pkai bju mcm tomboi..mekap pun x pandai..ahahaha..

    Dh ada PVR xde la rebut remote lg..ngeeee..Huda ni peminat Eun Hye or Micky Yoo Chun ke? Akk tgk I miss U tu..tp kalo nk kata suka sgt tu xde la..akk lg suka Sungkyungkwan Scandal..hihhihii..sbb kelakar..

    Akk baca masa dorg kuar main...jd xde gangguan..

    Btw, akk dh tgk Cinta Jannah kt link tu td..xsbr lak nk tgu nxt ep..pasni akk comment kt link tu plak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, sorry lambat reply. Hari ni kelam kabut sikit. Sekarang baru rasa free ~_~

      Ke sponsor saja je pekena Wilma. Pandai diorang mengambil kesempatan. Ekeke. Eyh yeke akak x vogue. Huda tak percayalah. Hihi. Dalam tak pandai mekap pun akak dah ada family. :) Banyak betul persamaan kita. Huda pun tak pandai mekap. Lagipun mekap bukan nak letak. Buat rugi je. Hihi.

      Huda minat Micky Yoo Chun je. Eun Hye tak berapa sangat. Sungkyungkwan Scandal tu cerita apa kak? Ada link tak? Macam best je. Nak sebut pun berbelit-belit. Haha

      Wahhh...lajunya akak baca. Akak surirumah ye.

      Orait kak tapi Cinta Jannah tak boleh lawan SSID. Ngeee~

      Delete
    2. Kan? Sponsor pun kdg2 saje je nk kene kn org...dunia artis mcm tu la..

      Yup.serious x vogue tp akk x kesah pun..xpnh bother pun nk jd vogue..ahaks..vogue kt luar je baik xyh vogue langsung..mcm x caya je Huda x mekap..bebudk zaman skg mekap tu wajib kt dorg..tp kalo Huda mmg x mekap..bagus la..kulit muka x cpt berkedut (^__^)..lgpn rimas la pkai mekap..rase mcm muka kita salut plastik..xley nk napas..huhuhu

      Huda ptt tgk Sungkyungkwan Scandal tu..mmg best..kelakar..tu first drama yg Micky berlakon kalo x silap..ala..ada je citer tu kt youtube..Eun Hye akk pun kureng skit..

      Ahahaha..yup..dh jd fulltime housewife skg..15 thn keje swasta n 8 thn ngn korporat..ckup2 la tu kan..pencen awal..sblm akk dikeparatkn oleh dunia korporat..ahaks..

      Tu dh semestinya...ngehsss..SSID dihatiku ;-)

      Delete
    3. Yang artis pun ikut je apa yang sponsor suruh pakai. Ihiks~

      Betul-betul. Tak vogue pun tak pe. Janji hati baik. Ngeee~ Memang Huda tak mekap kak. Tak reti + rimas sama. Pakai pun macam tak pakai lebih baik tak payah pakai langsung. Pakai pun kalau ada dinner. High 5 sikit kak...kita geng natural beauty. Muahaha.

      Eyh ada Micky la kak. Waaaa. Plot cerita dia best jugak. Budak perempuan tu menyamar jadi lelaki kan. Ok bookmark siap-siap. Nanti nak tengok. :D

      Lamanya akak. Mesti banyak pengalaman yang akak dah kutip sepanjang jadi bekerjaya kan. Kekeke...dunia korporat mana la yang nak keparatkan akak tu. ^_^

      Yeayyyy! SSID..SSID ;)

      Delete
    4. Leceh jd artis ni...esp pompuan..sll je kene buli..dl akk ada kwn yg minat nk jd artis..bila nk audition utk xtra nk kene ada "kaki" baik punya baru dpt audition..pehtu wardrobe kita xbole bantah bila sponsor or stylist dh bg..x masuk akal pun kene sarung jugak..

      High 5? Akk bg high 10...bole?..ekekekee..rimas kan? Akk serious x fhm org yg pakai mekap tebal2..x berat apa muka dia?..akk kdg2 g dinner pun takat pkai lotion ngn bedak je..kalo mood baik baru akk pkai celak ngn lipstick..hihihiii..

      Iyo...dia main ngn bekas aweks Lee Min Ho...sila la tgk ya..mmg best..akk skg tgh tgk I hear you voice, The masters sun ngn You are the best Lee Soon Shin..I hear your voice tu akk dh tau ending dia sbb main tipu baca recap dia kat dramabeans..kuikuikui..sbb kt Korea kan dorg dh advance 6 episodes (^.^)

      Lama ke? Kwn2 akk yg lain lg lama kot sbb dorg masih lg keje skang...hihihii..mmg byk dh akk kutip sbb xlarat nk kutip ni la yg akk benti..ssshhh..xley sebut nama sbb nama bosa..ahaks....

      Eh..kita story mory kt sini punya panjang..org yg visit blog Huda mesti dh xyh nk comment apa2 sbb story mory kita je dh penuh :))

      Delete
    5. Dalam erti kata lain jadi boneka sang pengarah. Gugugu. Eyh kenapa macam tu pulak. Susah la kalau semua nak kena ada 'kaki'. Erkkk...nak sponsor pun kena la agak-agak. Kalau sponsor baju, promote la baju yang paling HOT ITEM + cantik-cantik. Baru penonton rasa nak beli. Macam orang Korea diorang gunakan kesempatan untuk promote baju menerusi drama dan filem. Tengok berapa ramai yang beli produk keluaran Korea :D

      Kekeke...high 10 terus. Ok sep! Tau takpe kak. Acane la diorang boleh tahan dengan mekap tebal-tebal. Menyusahkan je bila nak solat. Nak kena bersihkan makeup dulu. Aish.. Mesti kulit muka akak jenis licin + bersih + cantik :)

      Pergh...banyak jugak cerita yang akak dah tengok. Weee..bestnya. I hear you voice tu macam kelakar je tengok pelakon dia pakai spek oldschool. Kikiki. Tapi heroin dia comel jugak. Ngee~ Atoto...akak mengelat ek. Tak sabar nak tahu ending letuw. :p

      Aah rasa lama kak. 23 tahun tu. Kagum! Kagum! Ekeke..sekarang habiskan masa dengan family pulak ye. Shhhh...satgi ex bos akak terbaca pulak komen kita. Hahaha

      Ngeee~ Takpe kak. Best betul chatting dengan akak :)

      Delete
    6. Sorry...akk punya turn pulak reply lambat..sibuk sikit ngn tempahan..kuikuikui..

      Mmg sll kene ada "kaki" dlm industri ni..a nobody mmg ssh nk survive..mmg iye..sponsor Msia xmcm sponsor Korea..dorg sll bg d best product tp Msia plak bg product yg xbley jual..canerr ler nk laku..dh dpt masok tv tu..guna la peluang tu utk buat advert kaw2....

      Kawan akk rekemen akk tgk Jodoh itu milik kita kat Astro 134...best..teringat kt SSID..sbb Tiz berlakon dlm citer tu..ep 3 mlm td rasa nk gelak guling2..mmg kelakar gile.

      Tu la psl...akk sll heran masa keje dl bila g surau bbdk ppuan sume bwk beg g surau sedangkn telekung sume dh ada dlm surau..rupanya penuh ngn mekap set ngn pncuci muka la apa la...rimass..ptt la bila g surau 30 min pun xckup..10min utk solat..selebihnya utk mekap..hahaha..ish Huda ni..umur dh lanjut ni..xde mana de muka licin..licin dia cuma lps mandi je :))

      Ha ah..akk suka actress yg main kt citer tu, Lee Boyoung, kalo xsilap nama dia..akk suuka masa first tgk dia berlakon dlm Becoming a billionaire..dh nama pun kaki tgk citer Korea..byk gak la citer yg akk dh tgk..oh ya..lg satu drama fave akk yg Micky main ialah Rooftop Prince..dia main ngn Han Ji Min, lg satu fave actress akk :D

      23 tahun tu x mcm lama pun sbb org keje smp 30-40 tahun...huhuhu..ex bos akk nk masuk blog mcm ni? Ahahaha..mmg jauh panggang dari burger la..hihihi..xde dia reti de..

      Suka ke layan akk yg sengal nih? Hihihi...bole masuk list jd adik angkat akk ni..akk xde adik ppuan..huhuhu..



      Delete
    7. Tempahan apa tu kak? Mesti akak pandai masak kan kan.

      Nak kena ada 'kaki' tu la yang payah tu. So takde dah la istilah 'rezeki' dah kalau pakai 'kaki'. Ye tak kak. Haha. Pasni kita pakai 'tangan' lak. Lalala. Tau takpe kak. Peluang dah ada depan mata boleh pulak sponsor ala kadar. Alahai ruginya. Kena belajar lebih lagi dengan orang Korea ni :p

      Alaaa bestnya kak. Sy mana ada Astro. Takpe takpe. Nanti sy cari dekat Youtube. Macam biasa minta jasa baik Youtube. Ngeee~ Ok dah boleh imagine dah muka Tiz dalam cerita Jodoh itu milik kita. Dia kan pandai buat mimik muka funny. Lol

      Kekeke...mekap punya pasal ye kak. Ish renyah la. Kalau pakai celak nak kena usung baby oil la. Maskara la. Bedak compact la. Urmmm. Ecece...merendah diri pulak akak ni. Hihihi.

      Banyak jugak yang akak dah tengok ye. Boleh dikatakan semua list yang akak bagi tu best-best. Comedy romantik gitu. Haha. Aduh...semua best-best ni kak. Pening dah...tak tahu nak tengok mana satu dulu. Kuikuikui

      Tapi bagus jugak akak stay dekat rumah. Anak-anak pun sedang membesar mesti perlukan mummy diorang. :) Seriously ke ex bos akak tak tahu? Perghh..workholic betul ex bos akak tu. :D

      Suka. Akak bukan sengal tapi sporting lew. Hahaha. Panjang bebenor ke list akak tu. Sampai berlist-list. Ehehehe

      Delete
    8. Tempahan buat kuih je...ala..sume org bole masak..antara nk ngn xnk jer ;-p

      Yay..pakai tangan lak yea..agak2 tangan x laku..kita tepis jer...ahaha..

      Kalo psl citer Korea xyh ckp..asal citer dia ada selit2 comedy ke thriller ke..akk cari chance utk tgk..senak dh nk tgk drama serious2 nih..drama serious yg last akk tgk was Chuno..tu pun sbb akk suka Lee Da Hae n Jang Hyuk..

      Sgt2 akk rekemen tgk Jodoh itu milik kita. Actually citer dia lbh kurang mcm ssid cuma dlm citer ni Farid Kamil amik tmpt adik dia utk kawen dgn Tiz sbb tiba2 adik si Farid Kamil x show up on his wedding day. Sweet n kelakar mcm ssid.

      Betul tu...duk umh tgk bdk2 ni lg best drpd akk bertegang urat ngn org2 yg x brp reti bahasa kt pjbt..at least xde la dorg nk kata akk abaikn dorg bila dh jd lelaki esok..iyo..xde makna de dia tgk blog2 mcm ni..dia cuma tgk buku undang2 je..kuikuikui..akk dl pun workaholic jugak..sabtu ahad pun keje sbb xde org nk tlg cover..kdg2 balik umh pun dh dkt tgh mlm..boringnya life mcm tu..

      Ha ah...pnjg la sgt konon list tu..hihihi..

      Delete
    9. Akak, so sorry. Semalam bz sikit. Sempat publish komen akak tapi terlupa pulak nak reply. Ehehehe

      Wowww! Mesti sedap ni. Kuih apa tu kak? Tempahan raya ke ^_^ Ehehehe..yela :p

      Hahaha...x boleh nak tepis kita bakor jela. Ajak Usop Wilcha sekali. Lalala

      Urmmm..alang-alang akak dah duduk rumah ni boleh la cover banyak cite Korea. Tambahan plak diorang g sekolah. Syiok la. Hihihi. Thriller korea best ke kak? Sy dah la takut thriller n cite hantu. Wooo..

      Alaaa kenapa Farid Kamil. Tapi takpe la. Sebab ada Tiz nak tengok jugak la. Mantap tak gandingan diorang berdua? Ahaha...kira cite ni cinta lepas kawen la ek. Wah mesti tengok :)

      Hihihi..patut la pun hari tu akak cakap lebih baik pencen awal sebelum akak dikeparatkan oleh dunia korporat. :p Betul-betul. Time-time macam ni la diorang nak luangkan masa dengan akak :)

      Jadi ex bos akak orang undang-undang la ye. Muahaha. Akak memang minat kerja ke?

      Hihihi. Boleh buat buku ni ^_^

      Delete
  9. Dh nk abis bln Syawal ni makin ramai lak yg galak buat open haus...x menang tgn siapkn tempahan..nk tgk drama feveret pun ssh..terpaksa rekod Cinta Jannah ngn JIMK..tp akk dh miss ep 7 Cinta Jannah..nk tgk online arini..

    Time xde tempahan mmg la syok dok tgk drama Korea kt TV & online..mmg best duk umah..ley buat hal sndri..xde org nk bg arahan itu ini..buat keje ikut sukati..ahaks..

    Laaa...takut tgk citer hantu ke? Sbr je la..dh bosa takut citer hantu..apa laaa..(^.^)

    Akk pun xde la minat sgt2 kt FK tu tp I like his character dlm citer tu..Tizz rasenya mmg pandai sesuaikn diri dgn any actors yg berlakon dgn dia.

    Dunia korporat dgn dunia lakonan sama je..org igt glamer la sgt..it's all just an act aje..kita xduduk kt situ kita x tau...bila dh duduk situ baru la tau..kdg2 kesian tgk bdk2 fresh grad yg berlumba2 nk masuk dunia korporat..bykkn ilmu di dada dulu..apa yg kita tgk kt drama..x sama dgn realiti..akk sll tergelak sensorg bila ada drama2 klise korporat..bkn apa..sbb kdg2 fakta x betul..pakai bedal je dorg ni..

    Skang nk carik Cinta Jannah ep 7 yg akk xdpt tgk..ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp buat hujung-hujung Syawal dah tak feel raya dah. Hehe. Sian akak. Takpe2. Rezeki tu kak. Dah dapat tengok Cinta Jannah Episod 7 tak?

      Di rumah ana la bos beso. Kikiki. Tak payah nak ikut jadual sangat. Ikut feeling :)

      Hahahaha..tak mau la tengok. Biar pun rekaan semata-mata tapi jiwa tak kental. Ngehehe.

      Aah. Saya pun perasan benda yg sama. Tiz memang serba boleh kan kak. Nasib cite tu best. :D

      Seriously? 0_0 Kiranya benda yang kita fikir indah tu tak semestinya indah. Kekeke...dalam drama propa je lebey kak. Nak bg sedap cerita. >_<

      Delete
  10. Wah...rase lama bonar akk x masuk sini..sibuk manjang..bagus jugak dh ujung2 Syawal..akk celebrate Syawal 1 ari je..2nd day dh xrase cm raye dh pun..anak2 bole la beraye smp 2-3 mggu..

    Hihihi...x sangka jiwa Huda x ckup kental nk tgk citer antu..ala..akk pun lbh kureng je sbnrny..nk tgk citer seram tgk time my dahling ada kt sblh..kahkahkah..

    Tizz tu full of facial expression...at least xde la nk control lawa manjang..baru la nmpk real..yg x tahan tu bila actress yg berlakon tu asik nk maintain lawa..agak2 la kan kot iye nk nmpk bgus manjang..tp kan JIMK tu kan..agak meleret jugak citer dia..ni yg buatkn akk nk bli buku dia je..bkn apa..dh la masa tayangan 30 min je..tolak iklan tgal brp min je?! Pastu tunjuk ari senin smp rabu..boring btl nk tggu citer dia yg merangkak mcm tu..Cinta Jannah pun lbh kurang tp x seteruk JIMK..apa pun SSID is still d best!

    Ni akk tgh mode rajin baca novel..ahahaha..rase mcm jd bbdk balik lak dok bli novel tebal2..dahling akk pun akk x pndg bila dh pegang novel :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik...dah nampak dah gaya businesswoman berjaya :) Tepat sekali. Budak-budak yang seronok lebih. Haha. Boleh dikatakan setiap hari, hari raya bagi diorang.

      Haha...seriously akak pun sama? :D Nasib baik ada dahling akak. Klu tidak memang akak tak tengok kan. Kikiki

      Setuju 1001%. Kang kalau printscreen facial expression Tiz ada jugak yang tergelak guling-guling. Haha. Uishhh apa lagi kak. Minta la tolong anak akak belikan novel JIMK tu. Kak, try lak tengok cerita Diandra. Not bad la. Kelakar.

      Habis la akak dah terjatuh cintan dengan novel. Ekeke..mana taknya. Maybe akak dah masuk dalam dunia novel :D

      Delete

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014