Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Saturday, March 30, 2013

Review Blog #2 : Fara Myra


Assalamualaikum semua.

Today Huda nak review blog pemenang giveaway anjuran Sabrina Khairuddin. Blog siapa lagi kalau bukan blog Fara Myra aka Farah Amirah. Tunggu apa lagi. Jom terjah beramai-ramai. Zassss~


HEADER

Menggunakan tagline "Seorang wanita yang mempunyai cita-cita tersendiri. Alhamdulillah aku masih dapat menaip cita-cita itu" menggambarkan tuan punya blog seorang yang berkeyakinan tinggi untuk mengejar cita-citanya. Apa pun cita-cita beliau, Huda doakan semoga tercapai. Ameen. Btw, Huda rasa tuan punya blog memang peminat kpop. Buktinya? Tu ada gambar JJ from TVXQ. Hee...


CONTENT

So far font blog ok. Mudah dibaca. Sidebar content pun kemas, simple dan tak crowded. Tema blog keseluruhannya berwarna pink. Sangat bersesuaian dengan seorang perempuan.


KESIMPULAN

Secara keseluruhan, Huda berpuas hati dengan konsep blog ni. Ada ke'sweet'an. Eyh korang jangan lupa terjah tau. Kalau rajin tinggal la jejak korang. Hew hew.


- by Huda Blogspot -



Friday, March 29, 2013

Review Blog #1 : Simply Stylish


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah hari ni Huda berkesempatan untuk review blog Simply Stylish. Kenapa review blog beliau? Ini kerana beliau merupakan seorang pemenang giveaway anjuran Sabrina Khairuddin dan semestinya Huda jadi sponsor. Korang kalau nak Huda jadi sponsor just klik link ni ye. Boleh tengok sendiri apa yang Huda sponsor.

Ok la. Takmo membebel panjang-panjang. Jom kita terjah blog Simply Stylish. Zasss~


HEADER

Header blog nampak kemas dan menarik even simple... bersesuai dengan nama blog Simply Stylish yang bertaglinekan 'simple is beautiful'. Doodle perempuan tu mungkin mewakili diri beliau yang secara tak langsung memberitahu pengunjung bahawa tuan punya blog adalah seorang perempuan. ^_^ Untuk pengetahuan korang, tuan punya blog baru berusia 14 tahun. Mudakan tapi blog macam expertise. Good job dear.


CONTENT

Menggunakan tema pink dan turqoise membuatkan blog ni sedap mata memandang. Huda pun suka tengok. Ada ciri-ciri cute. Hihi. Widget dibahagian sidebar pun tak terlalu crowded. Nak cari pun senang. 


KESIMPULAN

Secara keseluruhan, blog ni memang patut diterjah. Kalau korang tak percaya dengan ke'simple'an dan ke'comel'an blog ni sila la terjah sendiri. Dah terjah tu jangan lupa say 'hai' dekat tuan punya blog. Biar ramai kenalan baru meriah. 


- by Huda Blogspot -



Friday, March 01, 2013

Video pembantu rumah lambung anak majikan hingga jatuh

Assalam semua.

Ini berita terbaru dan terpanas tentang pembantu rumah. Bukan nak memburukkan sesiapa cuma untuk memperingati diri sendiri supaya mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan mencegah sebelum terlambat. Mujurlah bayi tu takde pape. Parents lepas ni kena lebih concern. Tak boleh nak letak 101% kepercayaan kepada pembantu rumah. Memang kita bayar mahal tapi adakah perkhidmatan yang mereka bagi berpatutan dengan jumlah yang kita bayar? Korang pun tahu kan jawapannya. Eh termembebel pulak. Hihihi. Geram punya pasalkan.


Bagi yang belum tengok video tu boleh la klik SINI

Tengok sendiri dan nilai patut ke tak patut pembantu rumah tu buat macam tu. Semua dah besar. Dah boleh fikir dengan matang. Jangan dah terhantuk baru terngadah sudah la. menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. :)

Ni ada sedikit berita tentang kes tersebut. 

===========================================================


Bapa tonton CCTV saksi pembantu rumah lambung anak hingga jatuh


KUANTAN 15 Feb. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.

"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

============================================================
- Miss Qerieyal -


Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014