Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Friday, March 01, 2013

Video pembantu rumah lambung anak majikan hingga jatuh

Assalam semua.

Ini berita terbaru dan terpanas tentang pembantu rumah. Bukan nak memburukkan sesiapa cuma untuk memperingati diri sendiri supaya mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan mencegah sebelum terlambat. Mujurlah bayi tu takde pape. Parents lepas ni kena lebih concern. Tak boleh nak letak 101% kepercayaan kepada pembantu rumah. Memang kita bayar mahal tapi adakah perkhidmatan yang mereka bagi berpatutan dengan jumlah yang kita bayar? Korang pun tahu kan jawapannya. Eh termembebel pulak. Hihihi. Geram punya pasalkan.


Bagi yang belum tengok video tu boleh la klik SINI

Tengok sendiri dan nilai patut ke tak patut pembantu rumah tu buat macam tu. Semua dah besar. Dah boleh fikir dengan matang. Jangan dah terhantuk baru terngadah sudah la. menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. :)

Ni ada sedikit berita tentang kes tersebut. 

===========================================================


Bapa tonton CCTV saksi pembantu rumah lambung anak hingga jatuh


KUANTAN 15 Feb. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.

"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

============================================================
- Miss Qerieyal -


0 comments:

Post a Comment

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014