Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Saturday, June 11, 2011

mahu cukupkan koata?


Saya pelik dengan insan bernama lelaki. Apabila isu " tambah pencawang " diutarakan, mereka berperwatakan seperti orang lain. Rata-rata mengatakan mereka ingin menambah koata disebabkan sikap isteri yang memualkan seperti semakin berisi, tidak pandai berhias, tidak pandai mengemas dan macam-macam lagi. Tidak kira samada mereka berpegang teguh pada agama atau sekadar Islam pada nama. 

Tetapi sedarkah mereka isteri yang memualkan itulah yang telah bergolok gadai menyabung nyawa melahirkan zuriat mereka. Tidak terfikirkah? Kemana perginya kewarasan akal fikiran? Nauzubillah. Janganlah memberi alasan yang tidak relevan semata-mata untuk mencari pengganti.

Mungkin mereka punya harta yang melimpah ruah untuk mencukupkan koata. Namun adakah mereka yakin yang mereka dapat berlaku adil? Mereka terlalu menitik beratkan tentang perasaan mereka tetapi bagaimana dengan perasaan seorang isteri? 

Kepada lelaki diluar sana yang berhasrat untuk berkahwin lagi, tidak mengapa menambah koata tapi jangan memburukkan isteri. Jika anda mengatakan diri anda seorang yang beragama, sudah pasti anda tidak akan tergamak melukai hati isteri anda...ibu kepada zuriat anda. Berkahwin bukan sekadar suka-suka tetapi untuk selamanya. Berkahwin juga mengajar kita untuk memberi. Jika rumah tangga tidak bahagia, kitalah yang perlu merubahnya. Mencorakkan kembali apa yang perlu dicorakkan. Tidak salah kalau anda bermula dari awal. Kayak pasangan baru menikah. Sekali sekala belajarlah dari orang kafir. Sisi yang baik diambil untuk dijadikan manfaat bersama. Jangan berlagak sombong gara-gara anda beragama sedangkan mereka kafir. Dan yang paling penting, dapatkanlah redha-Nya. Maka anda akan merasa tenang disamping isteri dan anak-anak.

p/s: Saya cukup hormat dan tabik pada LELAKI yang sanggup mencintai isterinya sampai mati. Bak kata-kata ketika bercinta "saya sanggup menerima awak apa adanya". Pada LELAKI yang dapat mengotakan kata-kata itu, dialah LELAKI yang baik. Belum tentu orang yang beragama dapat melakukannya. Tepuk dada tanya iman.




0 comments:

Post a Comment

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014