Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Friday, March 30, 2012

Tick Tag Toe


Assalamualaikum readers.

Petang tadi ai dapat pesanan dari WANIE bahawasanya ai adalah insan bertuah yang telah ditag olehnya. Best kan ada orang tag kita. Weehuu ~~

Syarat-Syarat
Tidak boleh tag orang yang sama
Pastikan orang yang ditag tahu
Ceritakan 11 perkara tentang diri anda
Jawab soalan yang diberikan
Buat soalan untuk orang yang akan ditag

11 Perkara Tentang Miss Qerieyal
  • Seorang yang sukakan kanak-kanak. Tapi sedih kanak-kanak tak berapa nak suka sebab muka garang. Isk isk.
  • Seorang yang addict dengan benda comel. Pantang nampak mesti nak beli. Huuu. Contohnya Domokun. Setakat ni dah ada anak patung and handphone strip Domo.
  • Seorang yang peramah apabila jumpa orang yang peramah.
  • Seorang yang pemalu and sombong bila depan lelaki. Yang ni memang automatik. Tiada sebarang paksaan. Haha. Kalau kat FB sembang ok je.
  • Seorang yang suka edit blog. Sikit-sikit nak edit. Pengsan dibuatnya.
  • Seorang yang suka ubah kedudukan perabot. Tiap-tiap minggu mesti nak ubah perabot. Mengada lebih. :p
  • Seorang yang suka menabung tapi kadang-kadang boros jugak. Kui kui kui
  • Seorang kaki berjalan. Depend on mood. Kalau mood ok memang non stop la :)
  • Seorang yang suka mengexplore. Handphone, komputer...semua la.
  • Seorang yang suka baca buku since tak masuk tadika lagi. Buku yang ada dekat rumah tu semua ai punya. Hee ~~
  • Last but not least...yang tak boleh blah ai seorang yang mudah touching. Gugugu. Orang tinggi suara sikit dah sentap. Masalah besar ni.

Soalan yang ditanya
Ouch...macam nak exam pulak. Hihih. Ok ai jawab pelan-pelan eyh.

Soalan 1: Sejak bila mula berblogging dan dari mana datang minat itu?
Jawapan: Ai mula berblogging since 2009. Masa tu baru je nak berjinak dengan dunia blogging. After buat terus rasa lega and tak berupdate. Nasib baik sekarang dah maju sikit.

Soalan 2: Apakah pengalaman pahit yang tak akan pernah kamu lupakan?
Jawapan: Apa ek? Blur jap. Ada kot tapi tak nak bagitau. Hihih.

Soalan 3: Apakah pengalaman manis pula?
Jawapan: Apabila ai dapat membahagiakan orang tua dengan segulung ijazah walaupun still tak dapat kerja lagi. ^_^

Soalan 4: Apakah status anda sekarang?
Jawapan: Selagi tak kahwin kira ai masih bujang la kan. Okey sapa-sapa nak meminang silakan. Lalalala.

Soalan 5: Pernahkah anda terfikir atau berangan-angan untuk menjadi blogger yang famous?
Jawapan: Tipula kalau tak pernah tapi menjadi retis penat la. So angan-angan hanya sekadar angan-angan bukan impian. Hee.

Soalan 6: Apakah sebab utama anda berblogging?
Jawapan: Sebabnya nak release tension. Bila berblogging automatik kita akan fokus pada blog. And rasa bagaikan berada di alam lain. Haha. Seram.

Soalan yang mesti kamu jawab
1) Siapa yang menjadi perangsang untuk kamu berblogging?
2) Dari mana kamu belajar edit blog?
3) Benda apakah yang paling kamu sayang dalam hidup?
4) Adakah kamu mempunyai kawan baik ketika susah dan senang? Nyatakan namanya.
5) Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya berada dalam keadaan stress, tekanan ataupun moody?

Ok now nak tag siapa ye? Mereka la...


Siapa-siapa nak join dialu-alukan.

- Miss Qerieyal -


6 comments:

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014