Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Sunday, March 04, 2012

Sehari Sepotong Nasihat | Buat Kerana Allah


Assalamualaikum readers.

Pernah tak korang mengalami perasaan "terpaksa" untuk buat sesuatu yang korang sendiri tak suka. Pendek kata memang takde hati la nak buat.

Misalnya:
Time korang tengah syok-syok tidur sambil bermimpikan bidadari kayangan, tiba-tiba mak korang kejut suruh pergi pasar beli ikan (bajet lelaki melayu terakhir la kenz pergi pasar bagai...hahaha). Dengan mulut muncung macam Donald Duck, korang pun dengan malasnya bangun. Mengeliat ke kiri. Mengeliat ke kanan. 10 minit berlalu...korang still atas katil dengan mata terpejam. Mak dah jerit-jerit suruh pergi pasar cepat takut melepas pulak ikan fresh. 20 minit berlalu...korang still lagi atas katil dengan mata terpejam. Kesabaran mak makin menipis. Terus diserbunya masuk bilik korang sambil pukul-pukul manja badan korang. Berleter...haruslah. Last-last sebab tak tahan leteran mak, korang pun bangun dalam keadaan "terpaksa". Mandi pun dalam keadaan "terpaksa". Pergi pasar pun dalam keadaan "terpaksa".

Apa kata korang tukarkan perasaan "terpaksa" tu kepada perasaan "buat kerana Allah". Bila korang dah setkan mind korang "buat kerana Allah", automatik korang akan "ikhlas" buat sesuatu dan takkan bergelumang lagi dalam perasaan "terpaksa". Dan bila perasaan "buat kerana Allah" dah menjadi tabiat, dengan mudahnya korang boleh meraih pahala. Bukan tu je. Korang pun akan dapat pahala lain sebab berbakti kepada ibu bapa. Ha tak rugi kan. Malah berlipat ganda pahala yang korang dapat hanya dengan niat "buat kerana Allah".

Kepada adik-adik kat luar sana, korang jangan la tiru perangai macam kat atas tu ye. Tak bagus. Berbakti kepada ibu bapa kan dituntut Allah dan itu kan amalan mulia. So fikir-fikirkan dan selamat beramal (pinjam jap tagline Prof. Izi Hj Ali) ^_^

- Miss Qerieyal -

Don't just "say" you will do something on Earth Hour, PLEDGE along with 1000s of others, here!

0 comments:

Post a Comment

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014