Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Sunday, June 02, 2013

Izzue Islam & Awin Nurin Di Hari Pernikahan

Assalamualaikum peeps.

Baca tajuk entry pun dah tahu Huda nak cerita pasal Izzue Islam. Haha. Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak sorang ni. Makin femes amos semenjak berlakon dalam drama adaptasi novel 'SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA'

Btw, today is 2 June 2013. Bermakna Izzue Islam dah pun melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Awin Nurin merangkap Personal Assistant beliau. Lepas ni senang la nak buat kerja together gether.  Kan. Mana tau lepas kahwin banyak drama lakonan Izzue Islam. Rezeki orang kahwin. Lalalala.

Ok tak payah cakap banyak jom kita terjah gambar kahwin Izzue Islam. Zasss....

---------------------------------------------------------------------


Setelah enam tahun menyulam cinta sejak tahun 2008, pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam akhirnya sah bergelar suami kepada Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin, 31, dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.45 pagi tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Dewan Shah Alam N'dah, Shah Alam. 

Pemilik nama sebenar, Muhammad Izzue Islam Mazlan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, iaitu Waharudin. 



Tambah istimewa, tarikh pernikahannya hari ini sebenarnya merupakan hari lahir yang ke-24 tahun buat aktor yang semakin melonjak namanya menerusi drama Sebenarnya Dia Isteri Saya ini. 

Awin menerima mas kahwin sebanyak 11 Dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11. 

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Izzue menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.


Pelakon Lelaki Harapan FFM25 ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa sejadah & Al-Quran, sebuah DSLR Nikon, set pewangi 1 Million Paco Rabane, sebuah MacBook Air Apple, baju kemeja, seutas jam tangan Marc Jacob, set passport holder Tissot, tepak sireh dan coklak Rodendo.

Sebagai balasan, Awin memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa sebentuk cincin, seutas gelang tangan & anting-anting, sepesalinan baju, sebuah beg Fosil, cek wang hantaran, dompet & jam tangan Fosil serta Al-Quran & Sejadah.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan Satris Anggun. Izzue segak berbaju Melayu dan Awin anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan  dan para wakil media.

Izzue dan Awin yang telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012. Perkenalan mereka bermula apabila Awin mula menguruskan karier lakonan Izzue pada 2009 dan pasangan ini sendiri tidak sedar bilakah rasa cinta di antara mereka mula berputik.

Credit foto to Faisol Mustafa
Credit story to Malaysian Digest
---------------------------------------------------------------------

Untungnya jadi Awin Nurin. Hahaha. Ucapan untuk pengantin baru..... 'Semoga bahagia ke hujung nyawa' :)

Xoxo Huda


1 comment:

  1. wah tahniah abg izzue dan kak awin dan happy birthday juga pada abg izzue....

    ReplyDelete

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014