Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Tuesday, April 30, 2013

Budak 6 tahun bertukar menjadi patung

Assalamualaikum peeps.


Korang biasa dengar pasal manusia berubah jadi patung tak? Kalau sebab sumpahan mungkin dah biasa dengar tapi ni sebab sejenis penyakit yang dinamakan Sindrom Manusia Batu atau dalam istilah dunia perubatan disebut Fibrodysplasia Ossificans Progressiva (FOP) dimana otot akan berubah menjadi tulang.  Pukulan ringan dekat kulit pun boleh mempercepatkan pembekuan daging. Sakit? Sudah semestinya. Bayangkan korang tak boleh nak bergerak macam orang lain. 

Menurut akhbar Dailymail UK, Ali McKean gadis berusia 6 tahun yang berasal dari Bellevue, Ohio, Kanda didapati menghidap Sindrom Manusia Batu. Untuk jangka masa panjang, Ali dijangkakan hanya mampu menggerakkan bibirnya sahaja.

Subhanallah. Pelikkan. Bayangkan dalam banyak-banyak penghuni dimuka bumi ini, hanya 750 orang sahaja yang menghidap Sindrom Manusia Batu. Walaupun angka tu nampak kecil tapi tidak pada ibu bapa penghidap. Seboleh-bolehnya mereka nak anak-anak mereka sihat macam anak orang lain. Boleh berlari ke sana sini, buat apa yang diorang suka dll. 

Begitu juga dengan ibu bapa Ali. Sedih tak terkata tengok Ali menangis berjam-jam menahan kesakitan. Apa yang diorang boleh buat hanyalah memeluk Ali dan menahan air mata supaya tak menangis sama.

Jadi ibu bapa yang ada anak normal banyak-banyakkan la bersyukur.

Xoxo Huda


3 comments:

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014