Assalamualaikum peeps! ♥
Pernah tak terlintas dihati, suatu hari nanti kalau aku kaya aku nak sedekah duit aku dekat rumah anak yatim, bagi orang susah dan bla bla bla. Mesti pernah kan walaupun sekali seumur hidup.
SEDEKAH ni tak semestinya kena tunggu kaya baru boleh bersedekah. Salah konsep tu. Walaupun kita tak punya wang berkepok-kepok, kita sedekah la setakat yang kita mampu. Setiap hari sedekah RM1 pun boleh. Yang penting niat kita tu. Asalkan ikhlas berapa nilainya tentang dipandang Allah.
Huda ada satu kisah berkaitan dengan sedekah ni. Actually ada 2 kisah. Kisah pertama dari pengalaman seorang ustaz. Kisah kedua dari pengalaman Huda sendiri.
KISAH 1
Seorang ustaz yang dalam perjalanan untuk membeli tiket kapal terbang, tiba-tiba didatangi seseorang yang meminta padanya sejumlah wang kerana disaat itu si peminta amat memerlukan wang. Lalu tanpa berfikir panjang, sang Ustaz memberikan kepada si peminta sebahagian wang tersebut. Setelah mengucapkan jutaan terima kasih, si peminta pun berlalu pergi. Pengiring sang Ustaz pun bertanya...
Perngiring : Ustaz, kenapa Ustaz serahkan wang kepada si polan sedangkan Ustaz perlu membeli tiket menggunakan wang tersebut?
Ustaz : Jangan bimbang. Allah akan menggantikan wang tersebut 2x ganda berbanding wang yang telah diberikan kepada si peminta tadi.
Beberapa minit kemudian, datang seseorang yang tidak dikenali menghulurkan sejumlah wang yang ternyata 2x ganda berbanding wang yang dikeluarkan. Tergamam si pengiring. Lantas mulutnya terkumat kamit memuji kebesaran Alllah.
KISAH 2
Ayah Huda pernah berpesan...'Jangan pernah rasa sayang dengan wang. Setiap kali kita keluarkan wang untuk kegunaan orang lain (misalnya beli keperluan rumah, bantu beli barang adik-adik, bantu ibu-ibu tunggal, anak yatim) katakan pada saat wang dihulurkan...'SEMOGA ALLAH GANTIKAN LEBIH BANYAK LAGI'. InshaAllah lepas tu kita akan rasa tidak terikat dengan wang dan ikhlas memberi.
Huda cuba la ikut pesan ayah. Tiap-tiap kali rasa berat nak hulurkan wang, Huda cakap dalam hati...'SEMOGA ALLAH GANTIKAN LEBIH BANYAK LAGI'. Dan suatu hari bila Huda cek dalam akaun bank ada sejumlah wang yang tak tahu datangnya dari mana. MasyaAllah.
MORAL OF STORY
Sikap manusia sayang pada wang itu adalah biasa. Sebab dalam minda dah set...'kita yang usaha sampai tak tidur malam tapi kena tiba-tiba nak kena bagi dekat orang lain. Kenapa? Kenapa? Kenapa?' Tapi ingatlah dalam setiap wang yang kita perolehi ada bahagian orang lain. Jadi janganlah kita berasa takut untuk mengeluarkan sejumlah wang kepada yang memerlukan. Orang yang terdesak atau memerlukan wang sahaja yang akan meminta. Yakinkan diri kita untuk bertawakkal kepada Allah. Mana tahu Allah sengaja turunkan malaikat yang menjelma sebagai manusia untuk melihat sejauh mana rasa yakin kita pada janji Allah dan kebergantungan kita kepadaNya. Boleh jadi ujian untuk kita. Usah peduli samada yang meminta itu menipu. Itu antara dia dan Allah. Sama-sama la kita tanamkan dalam diri untuk buang rasa sayang pada wang dan jadikan rutin harian untuk bersedekah. Inshaallah...kita bukan sahaja telah membantu orang lain tetapi kita juga telah menyucikan hati kita. Tak dapat nak bersedekah banyak sikit pun takpe. Asalkan IKHLAS. Itu yang utama. :)
Salam sayang
Sarahuda ♥
Betul tu.. bila kita bersedekah.. duit kita akan sentiasa ada walaupun sedikit ^^
ReplyDeletenice share
Tq dear singgah sini. Ya. Sedekah takkan buat kita miskin tapi semakin kaya. :)
DeleteSamela, Tiey pum ada niat yg sama nak sedekahkan kat mereka yg memerlukan. Tapi, even kita xkaya raya still dpat bg sedekah cuma amount tu yg berbeza.
ReplyDeleteJemput singgah My recent post : Cara Memastikan Otak Cerdas!
Betul tu Tiey. Yang penting niat kita. Semoga hajat Tiey termakbul :)
Delete