Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Sunday, July 20, 2014

Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my


Assalamualaikum peeps! 

Dulu Huda dah pernah terjah website online shop ni. Masa tu just ushar-ushar je la. Belum ada niat nak membeli even harga yang ditawarkan tersangatlah 'affordable and awesome'. Kalau yang jenis kaki shopping tu mesti dah ketaq lutut sebab barang dah la murah terlampau...cantik pulak tu. Siapa tak geram kan. But aktiviti terjah menerjah online shop tersebut terhenti setakat tu je. 

Tak lama lepas tu beberapa bulan kemudian...

One day Huda terbaca post di blog Fatin Liyana. Banyak jugak dia memborong dari online shop ni. Semua cantik-cantik dan kawai. Apa lagi....laju-laju terjah online shop ni setelah sekian lama menyepikan diri. Ushar punya ushar ada some item yang Huda berkenan. Lama jugak ambil masa nak fikir either nak beli atau tak. Bukan apa. Sebelum-sebelum ni Huda dah ada bad experince dengan online shop lain yang boleh dikatakan 'top and hot' tu. Setelah difikir-fikirkan Huda pun beli la. Yang tak menahan tu siap email pihak online shop ni untuk make sure item yang dihantar tiada sebarang kerosakan tapi customer service online shop ni memang tiptop. Dalam tempoh 24 jam dah reply email. Siap bagi jaminan lagi item akan dicek sebelum dipos.

Bukan itu sahaja. Yang menariknya bila kita berbelanja dekat online shop ni, kita akan dapat bonus point. Nilai bonus point ni based on berapa banyak kita berbelanja. Let says korang berbelanja sampai mencecah RM150. Korang akan dapat bonus point sebanyak 150 dan akan dimasukkan ke dalam akaun korang. Bonus point ni boleh digunakan untuk next purchase. Siapa tak seronok kan.  



Ahaaa...agak-agak korang dah boleh teka ke nama online shop ni?

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

Haaa...sah-sah dah tahu kan. Hee~ Dan sempena Hari Raya yang akan datang tak lama lagi, NILE.com.my ada buat contest. Contestnya tamat hari ni. Jam 11.59pm. Mana tahu rezeki join last minit. Amin ~_~

(KLIK PADA GAMBAR)

NILE.com.my bagi soalan cepu emas. Hehe. 


Kalau dapat duit RM300 nak buat apa?


Seandainya doa Huda jadi kenyataan, duit RM300 tu Huda nak bahagi kepada 5 bahagian. Kenapa 5? Ini jawapannya :

1 - RM100 untuk ibu Huda
2 - RM100 untuk ayah Huda
3 - RM50 untuk someone yang tiada ayah/ibu
4 - RM25 untuk Huda berbelanja di NILE.com.my
5 - RM25 untuk adik perempuan Huda

Mudah-mudahan ada la rezekinya. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin :)

Eh korang jangan lupa terjah website NILE.com.my...Memang berbaloi-baloi oi!


Salam sayang
SaraHuda 


2 comments:

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014