Assalamualaikum peeps! ♥
Hari ni betul-betul pelik. Weird! Entah kerajinan apakah yang tiba-tiba menular ke dalam badan, Huda terus buka peti ais, kemudian ambil 4 biji telur ayam lalu pecahkan telur tersebut dan masukkan ke dalam bekas. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak buat bahulu. Hahaha~ Sebenarnya dah lama Huda tak ada mood nak berbaking ni. Tapi tadi bila terpandangkan pemukul bahulu (ala yang gulung-gulung tu...macam dalam gambar) yang dibeli bulan lepas terbiar macam tu je, dengan pantasnya Huda ambil dan bermulalah sesi membuat bahulu.
Semangat...usah dicakap. Berkobar-kobar pukul telur dengan gula sampai kembang. Penat? Ada la sikit tapi feeling dia best kot. Feeling ni tak sama dengan guna mesin. Sebabnya bila manual tekstur bahulu ni lagi lembut berbanding guna mesin. Tak percaya boleh la cuba.
Pada mulanya Huda nak buat bahulu macam yang dikedai tu tapi nasib kurang baik. Boleh pulak lepas bakar bahulu ni melekat. Habis semua kulit bahulu yang garing tu. Sobs~ Sobs~ Malas nak panjang cerita Huda tuang je semua adunan bahulu dalam loyang bulat. Puas hati. Haha. Jadi hasilnya seperti dibawah :3
Eyh siapa yang ada petua untuk elakkan bahulu dari melekat tu share la tips dengan Huda. Tak tahu kenapa dia melekat even dah sapu dengan minyak. Sabar je la labu~ -.-'
Sorry tau kali ni tak ada resepi sebab takut tak jadi naya je kena marah ._. Korang kalau rajin cuba la google resepi bahulu dari Chef Profesional. I is Chef Amatur je...bhaha~ Ok la. Jumpa lagi di lain entri.
Salam Sayang ♥
SaraHuda
0 comments:
Post a Comment
awk komen saya sayang awk lebey...wee