Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Friday, March 30, 2012

Perubahan Tarikh GA


Assalamualaikum readers.

Ai nak buat satu pengumuman. Memandangkan 17 April 2012 jatuh pada hari sekolah, so penyertaan akan dilanjutkan sehingga 20 April 2012 -- 12 malam. Pengumuman pemenang akan dibuat seminggu selepas tarikh tutup. Be alert ek kepada semua peserta and pemenang. Good Luck semua!!


- Miss Qerieyal -


Tick Tag Toe


Assalamualaikum readers.

Petang tadi ai dapat pesanan dari WANIE bahawasanya ai adalah insan bertuah yang telah ditag olehnya. Best kan ada orang tag kita. Weehuu ~~

Syarat-Syarat
Tidak boleh tag orang yang sama
Pastikan orang yang ditag tahu
Ceritakan 11 perkara tentang diri anda
Jawab soalan yang diberikan
Buat soalan untuk orang yang akan ditag

11 Perkara Tentang Miss Qerieyal
  • Seorang yang sukakan kanak-kanak. Tapi sedih kanak-kanak tak berapa nak suka sebab muka garang. Isk isk.
  • Seorang yang addict dengan benda comel. Pantang nampak mesti nak beli. Huuu. Contohnya Domokun. Setakat ni dah ada anak patung and handphone strip Domo.
  • Seorang yang peramah apabila jumpa orang yang peramah.
  • Seorang yang pemalu and sombong bila depan lelaki. Yang ni memang automatik. Tiada sebarang paksaan. Haha. Kalau kat FB sembang ok je.
  • Seorang yang suka edit blog. Sikit-sikit nak edit. Pengsan dibuatnya.
  • Seorang yang suka ubah kedudukan perabot. Tiap-tiap minggu mesti nak ubah perabot. Mengada lebih. :p
  • Seorang yang suka menabung tapi kadang-kadang boros jugak. Kui kui kui
  • Seorang kaki berjalan. Depend on mood. Kalau mood ok memang non stop la :)
  • Seorang yang suka mengexplore. Handphone, komputer...semua la.
  • Seorang yang suka baca buku since tak masuk tadika lagi. Buku yang ada dekat rumah tu semua ai punya. Hee ~~
  • Last but not least...yang tak boleh blah ai seorang yang mudah touching. Gugugu. Orang tinggi suara sikit dah sentap. Masalah besar ni.

Soalan yang ditanya
Ouch...macam nak exam pulak. Hihih. Ok ai jawab pelan-pelan eyh.

Soalan 1: Sejak bila mula berblogging dan dari mana datang minat itu?
Jawapan: Ai mula berblogging since 2009. Masa tu baru je nak berjinak dengan dunia blogging. After buat terus rasa lega and tak berupdate. Nasib baik sekarang dah maju sikit.

Soalan 2: Apakah pengalaman pahit yang tak akan pernah kamu lupakan?
Jawapan: Apa ek? Blur jap. Ada kot tapi tak nak bagitau. Hihih.

Soalan 3: Apakah pengalaman manis pula?
Jawapan: Apabila ai dapat membahagiakan orang tua dengan segulung ijazah walaupun still tak dapat kerja lagi. ^_^

Soalan 4: Apakah status anda sekarang?
Jawapan: Selagi tak kahwin kira ai masih bujang la kan. Okey sapa-sapa nak meminang silakan. Lalalala.

Soalan 5: Pernahkah anda terfikir atau berangan-angan untuk menjadi blogger yang famous?
Jawapan: Tipula kalau tak pernah tapi menjadi retis penat la. So angan-angan hanya sekadar angan-angan bukan impian. Hee.

Soalan 6: Apakah sebab utama anda berblogging?
Jawapan: Sebabnya nak release tension. Bila berblogging automatik kita akan fokus pada blog. And rasa bagaikan berada di alam lain. Haha. Seram.

Soalan yang mesti kamu jawab
1) Siapa yang menjadi perangsang untuk kamu berblogging?
2) Dari mana kamu belajar edit blog?
3) Benda apakah yang paling kamu sayang dalam hidup?
4) Adakah kamu mempunyai kawan baik ketika susah dan senang? Nyatakan namanya.
5) Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya berada dalam keadaan stress, tekanan ataupun moody?

Ok now nak tag siapa ye? Mereka la...


Siapa-siapa nak join dialu-alukan.

- Miss Qerieyal -


Friday, March 23, 2012

Saya Suka Doodle

Akhirnya apit buat segmen doodle lagi sekali. Ai nak join sebab doodle ni comel sangat-sangat. Butir-butir adalah seperti berikut:

Nama singkatan: Miss Al
Warna: Turqoise

Okey. Sekarang ai nak tag mereka berdua yang bertuah..hahah. Mcam biasa:



Sunday, March 18, 2012

Friday, March 16, 2012

Samsung Corby II White


Assalamualaikum readers.

Semalam ai dapat good news. Ada seorang hamba Allah yang baik hati nak sponsor Samsung Corby II White untuk 1st GA ai. Wahhh...terharunya. Jom kita ushar-ushar handphone tu.



APA YANG BEST SAL HANDPHONE NI??

Boleh tukar-tukar theme
Boleh tukar-tukar font
Ada wifi
Youtube pun laju (boleh tengok cerita korea...haha)
Ada macam-macam casing comel (ni kena beli sendiri tau)
Camera pun not bad

Ni antara casing-casing yang korang boleh beli dekat kedai. Cute-cute kan. So kalau nak handphone ni kena join GA ye. Sis tau adik-adik yang kecik-kecik mesti nak. Kan kan kan.

Klik sini untuk join GiveAway sebelum 17 April 2012


- Miss Qerieyal -


Alert!! Alert!! Part 2


Assalamualaikum readers.

LEBIH RM500 UNTUK DIMENANGI!!!

To all blogger yang teringin nak menang hadiah best-best, esok ai akan start my 1st GiveAway. Kepada adik-adik yang dah nak balik ke sekolah, dont worry. Contest ni akan berlangsung selama sebulan. If peserta kurang daripada 20 orang, penyertaan korang akan diadili berdasarkan tagline yang kreatif dan menarik. Sekiranya peserta lebih daripada 20 orang, automatically akan dipilih menggunakan Random. Okeys. Cepat bagitahu kawan-kawan untuk join. ^__^

- Miss Qerieyal -


Segmen Miss Qerieyal : Aku dan Cita-cita


Assalamualaikum readers.

Dulu masa korang kecik-kecik, pernah tak berangan nak jadi apa bila besar nanti? Zaman mak ayah kita, diorang cuma terfikir nak jadi Polis, Askar, Cikgu and seangkatan dengannya. Tapi bila zaman dah maju ni dengar-dengar cita-cita korang pun bukan calang-calang. Nak jadi Saintis la, Angkasawan la. Pergh hebat-hebat. Ok tanpa buang masa sapa-sapa nak join segmen ni, korang kena ikut peraturan di bawah.


1. Follow blog dan fanpage Miss Qerieyal
2. Tempek banner segmen
3. Buat 1 entry dengan tajuk Segmen Miss Qerieyal : Aku dan Cita-cita

Ha senang kan. Cerita la pasal cita-cita korang. Sure semua orang ada cita-cita kan. Boleh kita sharing-sharing. Mana tau zaman kecik-kecik dulu teringin jadi Perdana Menteri ke. Heheh. Nanti ai akan update senarai blogger yang ambil bahagian. Okey?

Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim, ai merasmikan segmen Aku dan Cita-Cita. 1, 2, 3 go!!

- Miss Qerieyal -

:: Miss Al says; selamat bercita-cita ^_^
:: Miss Al says; segmen terpaksa diawalkan tapi still tutup pukul 10 malam sebab tau-tau jela kalau makan mesti ralit...heheh. Ai akan update setiap sejam.



SENARAI MEREKA YG COMEL

http://azminanordin.blogspot.com/2012/03/segmen-miss-qerieyal-aku-dan-cita-cita.html
http://princessaliessa.blogspot.com/2012/03/segmen-miss-qerieyal-aku-dan-cita-cita.html
http://eyqahasnan.blogspot.com/2012/03/segmen-miss-qerieyal-aku-dan-cita-cita.html


Thursday, March 15, 2012

Who want to be a sponsorship


Assalamualaikum readers.

Entry ni ai tulis semata-mata untuk merialisasikan impian ai buat 1st GiveAway. Disamping dapat meningkatkan bilangan follower blog ai sambil-sambil tu boleh promote blog or fanpage barisan sponsorship. Siapa yang sudi sponsor sila angkat tangan. Please please...(sambil buat muka sedih).


Rupanya-rupanya bukan senang untuk buat contest. Yela blog tak berapa nak famous amous sangat kan. Awesome lagi la tak. Huhuh tapi kalau dah nekad apa pun boleh menjadi kenyataan. Kan kan kan.

- Miss Qerieyal -

:: Miss Al says: Siapa nak join please pm ai ye (cadburygirlz@yahoo.com)...ok dear *_* If ai dapat banyak sponsor, InsyaAllah contest ni akan berlangsung as soon as possible.



"Speed List"


Assalamualaikum readers.

Tadi Mirul ada pm ai kat chatbox. Bunyinya begini:

Mirul: tak dek dah ke orang yang nak join speed list ni, kalau tak, boleh dah tutup.

Ai punya terus ushar blog Mirul. Ingatkan apa dia. Hihih. Tapi bunyi macam menarik. Last-last terus join. Ok sapa-sapa nak join gak boleh pergi sini. Daa.

- Miss Qerieyal -


Alert!! Alert!!


Assalamualaikum readers.

Perhatian!! Perhatian!! Kepada gugurl and boboy kat luar sana esok ai nak buat satu segmen. Segmen ni ala-ala abg Ben punya segmen...(psss; abg Ben jgn mrh ye) Disamping korang dapat menaikkan trafik + meramaikan follower, korang jugak boleh dapat ramai kawan. Not believe me? Believe it. Selama 2 minggu ai aktif berblogging, ai dapat ramai kawan yang baik hati macam syieda, mina n wanie. Jugak thanks banyak2 pada abg Ben. Tanpa segmen abg Ben x mungkin ai semaju ini. Hihih. Untuk itu ai pun berniat nak tolong rakan-rakan blogger yang lain. Sama-sama happy. Ye tak? Ok ok stop membebel. Heheh.

Untuk segmen esok, ai akan buka penyertaan selama 12 jam sahaja. Means that kalau ai post pasal segmen tu pukul 10 pagi, maka secara rasminya akan tamat pada pukul 10 malam. So sempat la kan pada korang-korang yang pergi kerja. Adik-adik yang duduk rumah tu meh join meh. Daripada duduk saja je. Deal ek. Sayang korang.

wahh..siap mintak izin tu yang x tahan..hikhik

- Miss Qerieyal -

:: Miss Al says; bukan mengejar populariti tapi saling bantu membantu. Entah berapa kerat je nak join. Huhuh.


Wednesday, March 14, 2012

Segmen : Saya Nak Blogger Card by Fatimah Azzarah


Ai tertarik nak join segmen by adik Fatimah after blogwalking kat blog Mina. Hik hik. Kebudak-budakan la pulak tapi ai tetap nak join. Nasib baik close up pukul 9 malam. Sempat lagi ni. ^_^

Border warna: Ungu
Doodle: terpulang pada adik Fatimah (yg penting comel ye syg)
Nama: Miss Qerieyal
Umur: 23 tahun
Alamat: Pulau Pinang, Malaysia

Ok sekarang macam biasa tag 2 orang peserta. Hurm nak tag siapa ye...ok mereka berdua insan terpilih.


- Miss Qerieyal -


Monday, March 12, 2012

Contest Blog Paling Kemas


Assalamualaikum readers.

Okey. Hari ni ai nak join contest cik aimi. Tengok hadiah best-best. Auw auw. Nak join? Klik je kat sini...Ok sayangku.

- Miss Qerieyal -


Saturday, March 10, 2012

Nikon Competition


Assalamualaikum readers.

Ai nak minta jasa baik rakan-rakan blogger sekalian untuk vote gambar yang ai pertaruhkan ni. Hurm just mencuba nasib. Menang kalah adat la kan. Heheh.


Cara-cara untuk vote:

1. Sign in facebook korang
3. Korang tunggu jap for a few second
4. Dekat bahagian bawah sebelah kiri ada button vote beserta dengan nama Laila Majnum kan. Klik je button vote
5. Selesai. Tapi korang ushar dulu tau if vote tu berganjak ke tak. Kalau tak berganjak cuba lagi.

Thanks banyak-banyak ye. Sayang korang. Muah muah.

- Miss Qerieyal -


Segment : Review Blog , Meramaikan Follower


Assalamualaikum readers.

Kalau nak join klik je kat sini

Nak tag sapa ek? Hurm diorang ni je la yang ai kenal pun. Sobs sobs. Sedeyh. Tapi ai nak join gak. Tak kira. Tak kira. n_n (muka orang gigih memang cenggini)


- Miss Qerieyal -


Ben Ashaari dan header blog saya


Assalamualaikum readers.

Kali ni ai nak join segmen baru abg Ben. Segmen apa? Segmen apa? Ha segmen ni la...segmen "Ben Ashaari dan header blog saya". Abg Ben kata kena cerita dalam 10 patah perkataan je so ceritanya begini:

Burung hantu + tagline waiting for my prince charming

Kenapa burung hantu? Apa kaitannya dengan " waiting for my prince charming "?

Ai ni ibarat si burung hantu yang sedang menunggu burung hantu lain datang.

Hahaha. Boleh ke macam tu? Erkk...pengsan +_+

Ok sekian itu je maksud header blog ai. Yeehuu.

- Miss Qerieyal -


tolong!!! tolong!!! virus RM telah merebak | part 1


Assalamualaikum readers.

Korang dah baca tajuk entry ai kan. Takut tak? Takut tak? Nampaknya virus RM yang suatu ketika dahulu (bajet duduk zaman batu kot...kui kui kui) menyerang Uniten kini telah merebak ke seluruh pelusuk Malaysia. Now ai pulak jadi mangsa virus RM. Uhuk uhuk. Hurm mesti korang terpinga-pinga sambil mulut ternganga-nganga kan...apa la yang budak sorang ni dok merepek. Ha siapa hebat cuba teka apa makna RM. Nak cekelat tak? Kalau nak jawab cepat. r_r

:: Hint: Made in korea

- Miss Qerieyal -


Thursday, March 08, 2012

Lovestory313 1st Giveaway


Assalamualaikum readers.
Hari ni and di saat ini ai nak join contest lagi. Mood bercontest dah datang. Muahaha sambil gelak jahat. Korang teringin nak join gak ke? Kalau nak boleh pergi view tapak giveaway di SINI. Jom join ramai-ramai. Weee.


- Miss Qerieyal -


Tuesday, March 06, 2012

1st Giveaway by Six e'Craft


Assalamualaikum readers.

Now ai nak join GA by Six e'Craft. Tak tahu la menang ke tak. Hihih. Nak tag mereka berdua...


Contest Awesome Photo by Cik Kira


Assalamualaikum readers.

Nampaknya mood nak join GA dah merebak la. Hihih. Sekali lagi tangan termengada-ngada nak join 1st GA yang dianjurkan oleh Cik Kira selepas ai melawat blog dia through segmen abg Ben. Heheh. Apa salahnya. Benda baik kan. Ni photo yang ai pertaruhkan untuk GA tu. Tak tahu la ok ke tak. Belasah je la. ^__^
Nak gelak besar-besar bila tengok gambar ni. Euww gedix mengexpose diri sendiri. Ngee. Ok sekarang nak tag mereka bertiga...:)


- Miss Qerieyal -

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU


Assalamualaikum readers.

Gurlp...gurlp...tetiba je nervous sebab tangan gatal nak join segmen BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU. Kepada korang-korang kat luar sana, sila la komen blog ai yang tak berapa cantik ni. Mana tau ai boleh cunkan lagi. Hihihi. Oh by the way ai ni new blogger. Harap korang sudi bimbing ai and selamat berkenalan.
Ni la Ben Ashaari yang famous amos tu...^_^

- Miss Qerieyal -

The ultimate Unlimited Postpaid Plan from #Yes4G with network speeds up to 10x faster than 3G! Cool!

Sunday, March 04, 2012

Sehari Sepotong Nasihat | Buat Kerana Allah


Assalamualaikum readers.

Pernah tak korang mengalami perasaan "terpaksa" untuk buat sesuatu yang korang sendiri tak suka. Pendek kata memang takde hati la nak buat.

Misalnya:
Time korang tengah syok-syok tidur sambil bermimpikan bidadari kayangan, tiba-tiba mak korang kejut suruh pergi pasar beli ikan (bajet lelaki melayu terakhir la kenz pergi pasar bagai...hahaha). Dengan mulut muncung macam Donald Duck, korang pun dengan malasnya bangun. Mengeliat ke kiri. Mengeliat ke kanan. 10 minit berlalu...korang still atas katil dengan mata terpejam. Mak dah jerit-jerit suruh pergi pasar cepat takut melepas pulak ikan fresh. 20 minit berlalu...korang still lagi atas katil dengan mata terpejam. Kesabaran mak makin menipis. Terus diserbunya masuk bilik korang sambil pukul-pukul manja badan korang. Berleter...haruslah. Last-last sebab tak tahan leteran mak, korang pun bangun dalam keadaan "terpaksa". Mandi pun dalam keadaan "terpaksa". Pergi pasar pun dalam keadaan "terpaksa".

Apa kata korang tukarkan perasaan "terpaksa" tu kepada perasaan "buat kerana Allah". Bila korang dah setkan mind korang "buat kerana Allah", automatik korang akan "ikhlas" buat sesuatu dan takkan bergelumang lagi dalam perasaan "terpaksa". Dan bila perasaan "buat kerana Allah" dah menjadi tabiat, dengan mudahnya korang boleh meraih pahala. Bukan tu je. Korang pun akan dapat pahala lain sebab berbakti kepada ibu bapa. Ha tak rugi kan. Malah berlipat ganda pahala yang korang dapat hanya dengan niat "buat kerana Allah".

Kepada adik-adik kat luar sana, korang jangan la tiru perangai macam kat atas tu ye. Tak bagus. Berbakti kepada ibu bapa kan dituntut Allah dan itu kan amalan mulia. So fikir-fikirkan dan selamat beramal (pinjam jap tagline Prof. Izi Hj Ali) ^_^

- Miss Qerieyal -

Don't just "say" you will do something on Earth Hour, PLEDGE along with 1000s of others, here!

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014