Ai suka sangat chocolate ni. Tapikan chocolate ni jarang-jarang dijual dekat kedai-kedai biasa termasuk Carefour, Tesco, Giant dan sebagainya. Aduh...tiba-tiba je mengidam.
Saturday, February 26, 2011
Friday, February 25, 2011
Thursday, February 24, 2011
membebel
Ai sangat merindui zaman single. Masa single ai tak payah susah-susah nak take care pasal perasaan orang. Then ai tak perlu ber'sms' setiap hari semata-mata untuk bertanya khabar. Ai tak ada masa nak tension-tension pasal masalah cinta. Kalau la ai dapat kembali ke zaman tu and just tunggu kedatangan my prince charming. Oh alangkah bahagianya. Bila bercinta banyak benda nak kena korban. Masa, wang, and paling penting hati dan perasaan. Asyik nak kena sabar dan sabar bila sakit hati. Hati perempuan memang sensitif. How about hati lelaki? Masalahnya bukankah lelaki itu bersifat melindungi so semestinya dia yang kena jaga hati perempuan kan. Cepat ia kan. Ngeee. Tapi kan ai berharap sangat ai akan dapat seorang suami yang super duper baik, caring, dapat bimbing ai, sabar, beragama dll. OMG! Ko bajet ko hot sangat ke nak dapat suami ala-ala novel? Hek. Tak salah kan mengharap and berdoa. Kalau kita selalu berdoa mesti Tuhan akan makbulkan. Mungkin bukan sekarang. Esok lusa kot. Lepas solat ai jarang-jarang berdoa minta dipertemukan dengan seseorang yang 20x lebih baik dari ai. Dats why kot ai selalu tak bernasib baik. Huhuh. Apa-apa pun kita kena redha kan? Kalau masih boleh bertahan, kita bertahan. Uppsss. Sorry. Terlari tajuk. Kejap nak kejar. Hohoho. Bila la kan ai dapat kembali ke zaman single. Kalau dapat pun sebelum tu mesti kena menangis hari-hari mengenangkan kenangan silam dan nasib diri. Isk isk. Entah la. Kadang-kadang kita boleh merancang plan yang giler gempak. Tapi kalau Tuhan tak restu tak boleh jugak kan. So jangan la sedih kan kalau kembali single sebab Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaannya. Sama-sama la kita memohon supaya kita dapat yang terbaik dalam hidup. Amin Ya Rabbal Alamin.
p/s: minah ni dah miang gatal nak kawin ke? asyik cakap pasal kawin je. buang tebiat agaknya. apa nak jadi la.
Labels:
diary hatiku
Wednesday, February 23, 2011
doa dapat jodoh
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama."
"Our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)
Labels:
diary hatiku
Monday, February 21, 2011
teddy time
Orang tak ada kerja memang macam ni. Tangan bila tak boleh duduk diam ada je benda nak upload. Ngee. Actually ai suka tengok benda comel ni. Suka tengok je. Beli tak kot. Kui kui kui. Sekarang ai tengah tunggu kawan ai balik. Dah la esok kelas pukul 8 pg. Minta-minta tak ada kelas. Amin. [2:28 am]
source by google
Labels:
diary hatiku
aishiteru
kimita tuoku kitemo
kiminoi shuaga sinagaru tala
shiniteruyo shiniteruyo
shiniteruyo shiniteruyo
meskipun kamu jauh
aku tetap mengingatimu
percayalah percayalah
Labels:
diary hatiku
rezeki rezeki
Tengahari tadi mak ai call. Time tu ai dekat library. Mak ai cakap hari ni dekat rumah ada buat kenduri sikit. So ada lebih. Mak ai nak hantar makanan tu dekat rumah sewa ai. Ai pun apa lagi. Suka tak terkira la. Makan free plus mak ai masak kan. Last week ai tak balik rumah so harus la rindu masakan mak ai. Hihihi. Giler banyak bekalan yang mak ai bagi. Kalau ikut kan nasi tu cukup je untuk 6 orang tapi dah semua diet so ai rasa cukup kot untuk 10 orang. Selalu ai makan setengah pinggan tapi hari ni ai melantak sampai 2 pinggan. Sangat rakus kan. Lapar kot. Sampai rumah pun dalam pukul 6.30 petang. Mana tak laparnya. Nak tahu lauk apa yang mak ai hantar? Jeng jeng jeng....
Nasi putih
Pesamah daging
Ayam masak kari
Acar timun
Sedap kan kan kan. Balik rumah nanti ai melantak puas-puas. Wooo. Tak larat la nak diet. Tak ada perubahan langsung. Tak ada sapa pun puji ai. Ceh. Mengada ye. Mr Q kutuk-kutuk ai lagi ada la bila ai tanya if ai dah kurus belum. Hahaha. Apa-apa pun makan biar berpada. Diet biar terjaga. Orait...+_+
Labels:
diary hatiku
where mine?
Ada something yang hilang dari blog ai. My widget. Ada someone stalker ai and then hack blog ai ke? Oh so sad. Tak tahu nak cari widget tu dekat mana. Salah ai la sebab tak copy url website tu. Huk huk. Sekarang kan dah susah.
Labels:
diary hatiku
Saturday, February 19, 2011
char kue teau sg dua versi semeling
Jeng jeng jeng...ingat pekan Semeling hulu ke? Erk? Sekarang dah maju sikit. Sikit je la. Apa yang maju? Restoran Char Kue Teau Sg Dua dah buka cawangan dekat Semeling. So boleh la kitorang melantak char kue teau hari-hari. Udang dia pulak fresh-fresh. Harga? Not bad.
Kecil - RM 3.00
Besar - RM 4.00
Special - RM 4.50
Nasi goreng udang - RM 4.50
And malam Jumaat tu kitorang berkonvoi ramai-ramai. Semata-mata nak makan char kue teau. OMG. Macam ni la life budak-budak merbok. Tseee...<_>
Syahmi |
dari kiri Zura, Syud, Diba, Syahmi |
dari kiri Ain, Zura, Syud, Diba, Syahmi |
Tengok la gelagat kitorang. Belum apa-apa lagi dah posing je kan. Hahaha. Biasa la. Jauh oh kitorang berkonvoi. Sg Dua aka Semeling.
Labels:
diary hatiku
Friday, February 18, 2011
jiran itu
Today memang best. So happening because Syahmi, Ain, Diba, Fana, Zura, Syud, Zam and ai telah merancang untuk masak makanan tengahari and berkelah dekat rumah Syahmi. Menu kitorang memang terbaik tapi yang sedihnya tak ada gambar la pulak. Huhuhu. Nanti ai update gambar ek. Korang jangan sedih-sedih tau. Mari kita dengar cerita ai dulu. Nak tahu tak apa menu kitorang?
Ayam masak merah
Sayur tomyam
Bubur gandum
Sambal
Sirap selasih laici
Telur dadar
Nasi putih
Memang sedap. Rugi siapa tak makan. Dengan budget seorang RM5 kitorang dapat sediakan menu-menu diatas. Ala-ala kenduri kan. Hihihi. Then Syahmi cadang nak bagi jiran sebelah rumah dia rasa sikit. Disebabkan jiran dia tu mandi lama sangat and Syahmi kejar masa so terpaksa la dia bagi tugas tu dekat Fana and ai. Kitorang tunggu dia habis mandi baru bagi salam. Kalah ai mandi tau. Bila dia keluar je...dalam hati ai bermonolog. "Putih giler". First time ai tengok jiran tu dari dekat. Selalu ai tengok dari jauh je sebab jiran tu selalu berlagak hensem. Dats why ai malas ushar-ushar dia. Hahah. Hari ni dia pakai simple je. T-shirt biru tak ada lengan dengan seluar track. Wah. Dah macam cerita novel pulak. Watak utama hensem. Ceh gatal. Tapi seriously he different daripada hari-hari biasa. Hilang semua sikap sombong dia. Oi oi. Sedar diri sikit awak tu dah berpunya. Ok. Ai terpaksa menidakkan untuk memuji si jiran tu. Huhuhu.
Labels:
diary hatiku
Subscribe to:
Posts (Atom)
Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.