Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Wednesday, May 23, 2012

Top Commentors Widget


Assalamualaikum readers.

Dah lama ai tak update blog kesayangan. Busy??? Malas barangkali. Hew hew. Bukan apa. Semenjak dua menjak ni mood nak berblogging agak kurang memberangsangkan. Kenapa??? Entah la. Biasa la kan. Kadang-kadang bila idea tak ada kita jadi malas nak update blog. Sebab apa idea tak ada? Sebab kurang berfikir. Nanti lama-lama otak pun beku. Ye tak.

Ok la. Tak payah nak membebel panjang-panjang dengan mukadimah bagai. Kui kui kui. Hari ni ai tambah new widget kat dalam blog. Apakah widget tersebut? Nak tahu tak? Taraaa....

Mesti korang gelak guling-guling bila tengok picture yang ai attach tu kan. Euw...ketinggalan zaman betul. Orang lain dah pernah guna widget ni tapi ai...memang betul macam siput. Erkkk...sentap. Hahaha. Tak pe la. Tak kisah pun korang nak gelak ke apa. Janji ai happy :p

p/s : rasa macam nk bagi hadiah je dekat pengomen paling banyak....zzzzz

- Miss Qerieyal -


Monday, May 07, 2012

Korea time...♥♥♥


Assalamualaikum readers.

Nampaknya ai dah jatuh cinta dekat Mong Ryong dalam cerita Sussy Girl Chun Hyang. Macam ni la gaya orang tak ada kerja. Tengok tv je kan. Heheh. Cerita ni dah selalu sangat tayang dekat NTV7 tapi kali ni je ai baru berkesempatan untuk tengok. Rugi siapa tak tengok. Nak tahu tak apa sinopsis cerita ni. Scroll la sampai bawah ye...

Sinopsis Sassy Girl Chun Hyang
Sassy Girl Chun Hyang mengisahkan kisah cinta terhalang di antara Sung Chun Hyang dan Mong Ryong yang bertemu tanpa disangka akibat salah faham. Di sebalik semua kejadian menimpa mereka berdua dan pertengkaran mereka yang melucukan akhirnya melahirkan perasaan cinta.

Ternyata tiada jalan mudah untuk mendapat kesudahan yang membahagiakan kerana cinta mereka bakal diuji dengan kehadiran watak Hong Chae Rin (Park Si-Eun), bekas kekasih Mong Ryong dan Byeon Hak Do (Uhm Tae-Woong) seorang yang berpengaruh dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan cinta Chun Hyang.


Kisah bermula apabila Mong Ryong seorang pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah di sekolah terpaksa berpindah dari Seoul selepas ayahnya, seorang ketua pegawai polis ditukarkan ke ke wilayah utara Jeolla, Namwon. Mong Ryong yang sangat mencintai Chae Rin tetap cuba berhubung dengannya walaupun hanya bertepuk sebelah tangan.

Pada suatu hari, Mong Ryong yang sering mengambil video untuk dikongsinya bersama Chae Rin, tanpa disengajakan terakam aksi Chun Hyang yang memalukan. Insiden bertukar telefon bimbit juga menyebabkan mereka terpaksa sering berhubung. Sehinggalah mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya menuntut di sekolah yang sama.

Di sebalik halangan menimpa percintaan Sung Chun Hyang dan Mong Ryong, terhimpun segala kenangan indah dan peristiwa gembira sepanjang perkenalan mereka.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta yang penuh ranjau duka ini? Jangan lupa saksikan Sassy Girl Chun Hyang, terbaik di saluran ceria, NTV7.

Sassy Girl Chun Hyang dibintangi pelakon utama Han Chae Young (sebagai Sung Chun Hyang) dan Jae Hee (Mong Ryong), episod pertama drama ini mula disiarkan Rabu lalu menerusi slot Korean Series dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari sebanyak 24 episod.


Tak rugi tengok cerita ni. Sedih kot. Uhuk uhuk. Kenapa la Chun Hyang tu keras hati sangat. Huuu~~ Esok nak tengok lagi la ^_^

- Miss Qerieyal-


Tuesday, May 01, 2012

Fuhhh!! Now I'm Free...


Assalamualaikum readers.


Tajuk entry tak gempak langsungkan. Huh. Sebenar-benarnya nak umumkan officially pengumuman bahawasanya contest yang ai anjurkan tu dah tamat selepas semua pemenang dah tuntut hadiah mereka. Pada yang terasa or termakan hati sepanjang contest ni berlangsung, ai minta maaf. Ai cuma berharap korang enjoy bila join contest and hopefully tak ada istilah kecewa dalam kamus hidup korang. Teruskan perjuangan korang untuk terus mencuba, mencuba dan mencuba. Set in your mind...


Mungkin hari ini bukan rezeki aku. Esok lusa siapa yang tahu. Siapa yang berusaha dia pasti akan berjaya.


So jangan kecewa, jangan sedih atau yang lebih dasyat lagi mogok makan sebab tak menang. Tak mo camtu eyh. Tak baik seksa diri sendiri. Tak menang tak apa janji dapat eratkan silaturrahim. Kan kan kan. Next time, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ai bercadang nak buat giveaway ke-2 tapi nak tukar konsep pulak la. Tak nak konsep tagline kreatif la. Heheh. Konsep apa? Itu rahsia negara. Hahah. Cuma tak tahu cepat or lambat. Harap korang bersabar ye (tapi macam malas la pulak nak buat giveaway bagai...kurrr semangat eden...aduhai). Ok la ai tak nak kecoh-kecoh. Kita tunggu je ye. Kalau ada giveaway ada la. Kalau tak ada korang jangan nanges tau. :D

Salam sayang
- Miss Qerieyal - 


Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014