Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH
Showing posts with label Quote. Show all posts
Showing posts with label Quote. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Quote #3

Berpalinglah dirimu dari kepenatan memburu kasih sayang manusia tp rebutlah kasih sayang Allah. Sayangilah manusia kerana Allah atas tujuan beribadah kepada Allah. Jika kamu disayangi, bersyukurlah. Jika kasih sayangmu tak dihargai, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu. Dia akan lebih menyayangimu jika segala perbuatanmu hanya kerana mencari cintaNya...

Kata-kata indah ini dihadiahkan oleh teman baik Huda. Panjang tapi sarat dengan maksud tersirat. Thank you my dear. :)

Xoxo Huda


Wednesday, April 10, 2013

Quote #2

Kadang, dugaan tu datang dalam pelbagai bentuk. Kalau kita tak kuat, Allah takkan bagi dugaan tu dekat kita. Just yakin yang Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita. InsyaAllah.  Belajar menerima setiap dugaan tu dengan hati terbuka. Dengan itu kita akan lebih menghargai hidup ini. Amin Ya Rab kerana masih menyayangi aku. Subhanallah.

Quote ni hasil nukilan Huda pada tahun 2011.  Agak lama jugak la. Sebenarnya Huda dah pernah publishkan dah di sini. Cuma re-update je balik. Hew hew.

Xoxo Huda


Monday, April 08, 2013

Quote #1

Jangan pernah menyanjung cinta,
Jika tak tahu maknanya cinta

Ni la dua bait puisi yang masih lagi Huda ingat sampai sekarang. Puisi ni kawan Huda yang karang. Masa tu kitorang di Tingkatan Tiga. Cikgu mengajar dekat depan kitorang sibuk mengarang puisi. Siap buat buku puisi tapi tak tahu buku tu letak dekat mana. Yang Huda ingat cuma dua bait di atas. Huhu.

Nak tahu apa maknanya? Korang tafsir la sendiri sebab kadang-kadang makna disebalik puisi bergantung jugak dengan mood dan cara kita berfikir. Actually Huda pun tak tahu apa yang kawan Huda fikir sampai dia boleh karang puisi cenggitu. Hahaha.

Xoxo Huda


Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014