Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH
Showing posts with label I ♥ Tips & Petua. Show all posts
Showing posts with label I ♥ Tips & Petua. Show all posts

Thursday, May 08, 2014

Tips & Petua #1 : Cara hilangkan kotoran degil atau daki di bahagian kolar dan lengan baju


Assalamualaikum peeps! 

Morning! Bertemu kembali dalam segmen TIPS & PETUA. Okey la...hari ni Huda nak kongsikan sedikit info macam mana nak hilangkan kotoran degil atau daki di bahagian kolar dan lengan baju. Kalau korang rajin, cuba belek baju kemeja lelaki tak kisah la baju ayah ke, abang ke, adik ke mesti ada kotoran degil atau daki ni. Biasa la kan bila berpeluh maka mula la kotoran degil atau daki ni nak menempek. Jadi tugas seorang isteri atau adik-beradik perempuan tak lain tak bukan untuk sental kotoran degil atau daki tersebut. 


Caranya senang sahaja. Ikut step dibawah...

1. Korang cuma perlu sediakan SABUN BADAN dan BERUS KAIN
2. Kemudian ambil sabun badan lalu sapukan pada kotoran degil atau daki di bahagian kolar dan lengan baju.
3. Biarkan selama 2 minit.
4. Berus bahagian tersebut sehingga hilang kotoran.
5. Bilas dengan air.

See! Senang je kan. Tak sampai 5 minit dah siap. >_< 

TIPS & PETUA ni diturunkan oleh mak Huda. So next time setiap kali nak hilangkan kotoran degil atau daki korang boleh la praktikkan TIPS & PETUA ni. Semoga bermanfaat. :)


Salam Sayang 
SaraHuda


Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014