Assalamualaikum peeps! ♥
Contest lagi. Hehe. Maaf la kalau entry penuh dengan contest. Huda ni jenis sekali harung. Alang-alang dah join satu contest join pulak contest ke 2, 3 dan seterusnya. Senang. Jimat banyak masa. Yela tuuu~
(KLIK BANNER UNTUK JOIN)
Alalahai! Lemah lutut bila baca syarat contest...kena BERPUISI la. Huuu~ Tapi takpe. Huda cuba je ek. Korang jangan nak gelak sangat. Baca je slow-slow. Hehe. Ambil mood semua...melodi puisi ni sama macam korang baca puisi dekat sekolah.
1,2,3 Mulaaa...
Dipagi Raya daku gembira
Dapat melihat ayah dan bonda
Turut sama sanak saudara
Memeriahkan suasana
Beratur bersama tangan dihulurkan
Bersalam-salaman tanda bermaafan
Duit raya tetap tersuakan
Sengketa lama telah dilupakan
Kuih Raya penuh semeja
Lemang ketupat dihidang sama
Rendang temurun tak dilupa
Makan bersama menjamu selera
Inilah dia puisi tak seberapa
Harap terhibur sampai ketawa
Ampun dan maaf daku meminta
Supaya hidup aman bahagia
Eee...teruk bebenor puisinya. Jangan cikgu BM datang buat spotcheck sudah la. Kalau tak naya. :D
Salam sayang
Sarahuda ♥
Wah, hebat puisi tu... Cikgu BM pun salute tau... Terima kasih sudi join... Good luck k ^_^
ReplyDeleteHahaha...tak mungkin cikgu BM sampai salute. Mau dia menangis bila baca. Pape pun thanks for wishes. Sama2 :)
Deletegoodluck huda . best puisi tu :D
ReplyDeletethanks dear. alaaa malu pulak...hee~ ;)
Delete