Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH
Showing posts with label I ♥ Homemade Cooking. Show all posts
Showing posts with label I ♥ Homemade Cooking. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

[Resepi] Garlic Bread


Assalamualaikum peeps! 


Baru-baru ni Huda dapat komen dari pembaca macam mana nak buat Garlic Bread. Terima kasih pada Wishy Haunted. Actually mudah sahaja. Tak perlu pakai banyak barang dan jimat masa sebab korang boleh buat stok. Dalam 3 minit dah boleh siap berkeping-keping. Sangat praktikal untuk alas perut sebelum pergi kerja. Resepinya seperti dibawah. Kalau jadi tinggalkan komen ye. Selamat mencuba :)


RESEPI oleh AIR TANGAN IBU

BAHAN-BAHAN
*Olahan sukatan ikut citarasa

  • Butter
  • Bawang putih *dicincang
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Roti

CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan butter dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata. 
2. Sapukan atas roti.
3. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
4. Bakar atas kuali leper.
5. Agak-agak dah garing angkat dan hidangkan.

Salam sayang
Sarahuda 

Saturday, May 17, 2014

Percubaan pertama Biskut Snow Almond


Assalamualaikum peeps! 

How are you today? Weekend ni tak pergi mana-mana ke? Huda just stay dekat rumah tapi yang menariknya hari ni Huda, ummi dan adik membusykan diri dengan mencuba resepi BISKUT SNOW ALMOND. Nyum~ Nyum~ Tiba-tiba rasa macam nak dekat Hari Raya la pulak. Hihi. Maklum la...biskut kan sinonim dengan raya. :p

Berbalik kepada main point, biskut ini adalah percubaan pertama. Mujur menjadi. Nak kata sedap sangat tu tak tahu la. Mulut Huda kata okey je. Hew~ Hew~ 

Ikutkan resepi asal suruh gaul biskut dengan gula icing tapi Huda pergi salut biskut dengan coklat. Dah siap kemudian masukkan dalam peti ais. Agak-agak coklatnya dah keras dan terletak cantik, Huda pun ambil dan apa lagi...ngap satu. Haha. Nasib baik sedap. Oh btw kalau korang nak tahu, texture biskut yang dicelup coklat dan dimasukkan dalam peti ais adalah lebih gebu gebas berbanding digaul dengan gula icing. Ini based on pendapat Huda. Mungkin lain orang lain citarasanya. -_-'

 

Jadi untuk raya tahun ni boleh la buat BISKUT SNOW ALMOND lagi. Itu pun kalau rajin la kan. Kikiki. Kalau malas sangat beli je BISKUT TUNJUK. ~>_<'~


Salam Sayang 
SaraHuda

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014