Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Sunday, August 31, 2014

Pengumuman Pemenang Segmen Reka & Menang Button Badge 2 by Huda


Assalamualaikum peeps! 

Hari ni Huda nak umumkan pemenang Segmen Reka & Menang Button Badge 2 by Huda. Terima kasih kepada 15 orang peserta yang telah menghantar penyertaan. Pada mulanya Huda bercadang untuk memilih 10 hasil karya terbaik tetapi memandangkan ada baki 5 hasil karya daripada 15 orang peserta, Huda rasa Huda nak bagi semua merasa. Kesemua peserta belum pernah memenangi sebarang hadiah berbentuk button badge kecuali seorang peserta. Cuba teka siapa? Hihi. 


Huda tak minta balasan atau ucapan terima kasih. Cuma hadiahkan sepotong doa agar bisnes Huda terus maju, sukses dan diberkati. Amin. Ok now jom kita tengok hasil karya yang terpilih. Untuk makluman keputusan adalah muktamad! :)


1. HANA JALIL
2. KARIMAH ZULKAFALI
 
3. MOHD AZMAN ARSAD
4. SYAZANA ALIAH A'SRI
 
5. NUR FARAH ZURA
 
6. NUR FARAH HUDA
 
7. AINNUR NADHIRAH SOR
8. AIDA AMYRAH SHAHRULNIZAM
 
9. ZAKIE AZID
 
10. NUR AIN AMIERRA

11. AISYASAKURA
 
12. MISS KEPENG

13. NORNAZLIANA

14. AMIRAH SAFIEE
 
15. LIA ABDILLAH

Suka tak suka korang kena terima jela ye. Huda pilih based on karya yang dihantar.

Kepada pemenang sila inbox FACEBOOK Huda detail berikut :- NAMA, ALAMAT, NO TELEFON tapi sebelum bagi detail tu bagi la salam dulu ye. Kan lebih manis dan sopan gitu. Yang mana belum add friend FB Huda sila add dulu sebelum hantar detail. Takut nanti mesej korang masuk dalam Other Messages...terlepas pandang. Faham ke tidak? Hehe

SILA AMBIL PERHATIAN! Button badge ni perlu ditempah dahulu. Jadi jangan tanya bila nak siap. Nama pun hadiahkan jadi korang kena bersabar sikit. Nanti dah siap Huda akan maklumkan di Facebook. Jangan risau. Insha-Allah hadiah akan dipos terus ke rumah. Guna pos biasa ye. Kira tawakkal 100% dekat Allah. Kalau sampai Alhamdulillah. Kalau tak sampai mungkin takde rezeki. Tapi hopefully sampai la ke tangan 15 orang peserta ni. :)



Salam sayang

Sarahuda


Segmen Reka & Menang Button Badge 2 by Huda



TARIKH TUTUP : 29 OGOS 14
TARIKH UMUM PEMENANG : 31 OGOS 2014
(MAAF ATAS KESULITAN)

Assalamualaikum peeps! 

Hari ni kalau ikutkan memang tak dapat nak publish entry contest. Laptop Huda buat hal. Sobs~ Sobs~ Kali ni memang tak dapat diselamatkan. Terpaksa hantar kedai tapi tunggu la duit ratus-ratus baru pergi servis. Hehe. Nasib baik abang Huda bagi pinjam PC dia. Kalau tidak -.- Dah janji tak baik mungkirkan. Apa jadi sekali pun tetap kena usaha tunaikan janji...ewah~ penangan baca buku motivasi :)

Termembebal la pulak. Hihi. Mukadimah panjang berjela. 

Ok la. Kembali ke topik utama kita. Actually segmen ni adalah kesinambungan segmen tahun lepas. Jadi secara tak langsung menjadi segmen tahunan di blog Huda. Ohoiii~ Suka tak :D 

Huda anjurkan contest ni pun sebab nak anda-anda diluar sana serlahkan bakat seni anda. Huda tahu ramai blogger yang pandai melukis art. Memang Huda salute la. Terbaik! Jadi dengan adanya segmen seperti ini, Huda harap dapatlah kiranya blogger-blogger yang berbakat tampil dengan hasil karya masing-masing. 

Semoga segmen kali ni mendapat sambutan walaupun hadiahnya tak seberapa. Huuu~ 

Dengan ini Huda merasmikan SEGMEN REKA & MENANG BUTTON BADGE 2 BY HUDA dengan ucapan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


http://i.imgur.com/112G1kR.jpg



TERMA 

  1. TEMA KARYA BEBAS. Anda bebas untuk melukis apa sahaja asalkan ianya tidak menyentuh sensitiviti kaum/agama lain.
  2. PENYERTAAN TIDAK TERHAD. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi pastikan karya anda 100% original. 
  3. KARYA BERBENTUK BULAT. Pastikan karya anda dalam bentuk bulat seakan-akan bentuk button badge.


SYARAT

  1. Follow Blog Huda
  2. Clear cache Google Chrome
  3. Klik semua iklan Nuffnang (jujur)
  4. Klik page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 (jujur dan tunggu sampai habis loading)
  5. Buat entry bertajuk 'Segmen Reka & Menang Button Badge 2 by Huda'
  6. Copy banner dan backlinkkan ke entry ini
  7. Tinggalkan komen anda dikotak komen seperti berikut-

NAMA PESERTA :
NAMA FB :
LINK ENTRY :
TAJUK KARYA :
LINK KARYA (GAMBAR) :


Mudah je kan. Jadi marilah beramai-ramai menjoinkan diri. Ajak semua jiran-jiran, rakan-rakan samada tua atau muda, dikenali atau tidak dikenali untuk meriahkan lagi segmen ini. Menang atau kalah letak tepi. Yang penting dapat berkongsi hasil karya disamping mengeratkan lagi ukhuwah sesama blogger. Peace!


Salam Sayang 
SaraHuda


Friday, August 29, 2014

[#SAYAJUAL] SHAWL AURORA


Assalamualaikum peeps! 

Selamat pagi dan salam Jumaat :) Dah sarapan belum? Kalau belum dan masih ada masa lagi boleh la cuba resepi Garlic Bread sebagai pengalas perut sebelum masuk kerja. Baru ada tenaga. Bila kita ada tenaga, aura positif pun akan terpancar diwajah yang mulus tu. Ewahhh...

Ok berbalik pada topik kita, pagi ni Huda nak maklumkan dekat korang yang Huda ada jual tudung. Ni kira baru nak berjinak-jinak dengan bisnes tudung pulak. Mohon doa dan sokongan korang supaya Huda sukses dalam apa jua bisnes ye. Amin. Sayang korang 

Haa ni tudung pertama yang Huda jual. SHAWL AURORA ni digayakan oleh Puteri Awani. Mesti korang dah kenal dengan Puteri Awani kan. Shawl ni diperbuat daripada kain satin dan memandangkan ianya custom made, maka korang boleh request nak warna apa. Contoh warna macam dalam gambar. 


SHAWL AURORA
RM30 (FREE POSTAGE)

MATERIAL : SATIN
COLOUR : BOLEH REQUEST


Kalau korang nak order, korang boleh hantar mesej dekat...

ataupun 
WA : 016.510.8693

Salam sayang
Sarahuda


Thursday, August 28, 2014

[Button Badge] Palestin Design


Assalamualaikum peeps! 

Lama betul tak bercerita tentang Button Badge. Untuk tema kali ni Huda keluarkan Design Palestin. Terima kasih kepada pemilik gambar. Mudah-mudahan ada ganjaran dari Allah SWT untuk anda. Target Huda untuk jual 500pcs button dan setiap dari RM1/pcs akan disalurkan ke tabung Palestin. Doakan impian dan usaha Huda ni tercapai ye. Amin.

Tempahan secara PRE-ORDER sebab Huda nak buka peluang dekat mereka diluar sana yang nak memiliki button badge tetapi dalam masa yang sama nak jimat kos pos. Huda sediakan perkhidmatan penghantaran menggunakan POSLAJU dan POS BIASA. Jadi yang mana rasa nak jimat tu boleh la guna pos biasa. Insha-Allah sampai cuma lambat sedikit dan tiada tracking number. Kiranya tawakkal 100% dengan Allah. Kalau sampai Alhamdulillah. Bagi yang tak kisah tentang kos pos dan nak selamat boleh guna poslaju. Tracking number Huda akan bagi once dah pos. So pilihan ditangan masing-masing.


CODE : PL001
CODE : PL002
CODE : PL003
CODE : PL004
CODE : PL005
CODE : PL006
CODE : PL007
CODE : PL008 (boleh request nama)
~Maaf gambar kabur sedikit~

HARGA BUTTON
1 pcs RM4
3 pcs RM10

POS BIASA
1-5 pcs RM1
6-10 pcs RM2
11-20 pcs RM3

POSLAJU
1-40 pcs RM6
41-80 pcs RM8.60


Huda akan buka order selama 2 minggu. Dan bagi Huda masa tambahan lagi selama seminggu untuk siapkan button dan pos ke rumah korang. Jadi total dalam 3 minggu. Korang ok kan? Lagi satu nak inform, order dibuka sepanjang bulan Ogos dan September sahaja. Sekiranya permintaan tinggi, Insha-Allah Huda akan teruskan ke bulan Oktober. Semua bergantung kepada permintaan.

Jika ada yang berminat, boleh la inbox atau whatsapp Huda. 


Whatsapp : 0165108693


Nanti masa korang inbox atau whatsapp, korang bagitahu CODE NO, KUANTITI, POS BIASA/POSLAJUContoh begini :

Assalamualaikum kak. 
Saya Syakirah nak order button badge code 
- PL004 (1 pcs)
- PL008 (3 pcs - request nama : Alia, Iqbal, Nawar)
Saya nak guna pos biasa

Lebih kurang macam tu la dialognya. Pembayaran diterima melalui CASH DEPOSIT atau TRANSFER. Bagi yang nak tanya pape boleh tanya direct dengan Huda :)


Salam Sayang 
SaraHuda


BE CPUV NUFFNANG KE 21 : HP PC DEMAND GEN DIGITAL


Assalamualaikum peeps! 


Dapat BE CPUV ke 3 untuk bulan Ogos tapi IKLAN HP PC DEMAND GEN DIGITAL ni jalan slow la pulak. Tak tahu kenapa. Hurm ada yang tahu? Share la tips macam mana nak mencanakkan CTR iklan yang tengah on going ni. Serius perlukan tips. Terima kasih.


Salam Sayang 
SaraHuda


Wednesday, August 27, 2014

BE CPUV NUFFNANG KE 20 : IKEA-SISAN


Assalamualaikum peeps! 

Ok ini BE CPUV ke 2 untuk bulan Ogos. IKLAN IKEA-SISAN. Terima kasih IKEA sebab selalu tempek iklan korang dekat blog Huda. Bulan depan bagi lagi ek. Hihi. Terima kasih jugak untuk Nuffnang dan pembaca. Tanpa korang tak merasa la nak dapat CPUV bagai. :D


Salam Sayang 
SaraHuda


BE CPUV NUFFNANG KE 19 : IH MEDIA LIESE


Assalamualaikum peeps! 


Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dapat BE CPUV untuk bulan Ogos walaupun dah dekat hujung-hujung. Terima kasih kepada pihak pengiklan sebab pilih blog Huda. Love uolls 




Salam Sayang 
SaraHuda

Tuesday, August 26, 2014

[Resepi] Garlic Bread


Assalamualaikum peeps! 


Baru-baru ni Huda dapat komen dari pembaca macam mana nak buat Garlic Bread. Terima kasih pada Wishy Haunted. Actually mudah sahaja. Tak perlu pakai banyak barang dan jimat masa sebab korang boleh buat stok. Dalam 3 minit dah boleh siap berkeping-keping. Sangat praktikal untuk alas perut sebelum pergi kerja. Resepinya seperti dibawah. Kalau jadi tinggalkan komen ye. Selamat mencuba :)


RESEPI oleh AIR TANGAN IBU

BAHAN-BAHAN
*Olahan sukatan ikut citarasa

  • Butter
  • Bawang putih *dicincang
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Roti

CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan butter dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata. 
2. Sapukan atas roti.
3. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
4. Bakar atas kuali leper.
5. Agak-agak dah garing angkat dan hidangkan.

Salam sayang
Sarahuda 

Tuesday, August 19, 2014

Saturday, August 16, 2014

Cerita pagi Sabtu


Assalamualaikum peeps! 

Ini cerita pagi Sabtu. Sekeping garlic bread bersama secangkir cawan teh sebagai pengalas perut. Simple tapi enak. Jemput makan semua :)


Salam sayang
Sarahuda 

Sunday, August 10, 2014

360 EFFECT ADVANCE 100% ORGANIK


Assalamualaikum peeps! 

Hari minggu anda ke mana? Picnic bersama keluarga? Window shopping? Atau dihadapan komputer je. Ok yang mana ada depan komputer tu, Huda ada something nak share. Macam biasa berkaitan dengan produk. Next time kalau ada info ilmiah Inshaallah Huda akan share juga disini. Seronok tengok bila ilmu yang kita kongsi berguna untuk orang lain.

Upsss intro dah berjela. Hihi. Ok produk yang Huda nak perkenalkan ni 100% BEBAS BAHAN KIMIA. Bahan yang digunakan dalam pembuatan produk adalah bersumberkan ORGANIK. Jadi anda tak perlu risaukan masalah bahan kimia terlarang seperti HYDROQUINONE & MERKURI.

Produk ni dikenali sebagai 360 keluaran TRISIXTY MARKETING. Didatangkan dalam bentuk LOOSE PACK, SET NORMAL & SET SENTITIVE/PROBLEM.



LOOSE PACK terdiri daripada CLEANSER, 360 ADVANCE SERUM, CC CREAM, 360 SKIN SERUM. Pack ni sesuai bagi mereka yang ingin mencuba buat pertama kali dan ianya boleh dibeli secara berasingan. Manakala yang membezakan antara SET NORMAL dan SET SENSITIVE/PROBLEM hanyalah 360 SKIN SERUM yang mana ianya tidak didapati dalam SET NORMAL. Ringkasannya seperti dibawah untuk memudahkan pemahaman.

LOOSE PACK
⇨ Cleanser (RM45)
⇨ 360 Advance Cream (RM65)
⇨ CC Cream (RM55)
⇨ 360 Skin Serum (RM65)

* semua +RM6 untuk penghantaran
_______________________________

SET NORMAL
Dapat 3 items berharga RM165
⇨ Cleanser
⇨ 360 Advance Cream
⇨ CC Cream 

Tapi anda cuma dikenakan bayaran
RM140 termasuk postage (SM) *Jimat RM25
RM143 termasuk postage (SS) *Jimat RM22
_______________________________

SET SENSITIVE/PROBLEM
Dapat 4 item berharga RM230
⇨ Cleanser
⇨ 360 Advance Cream
⇨ CC Cream 
⇨ 360 Skin Serum

Tapi anda cuma dikenakan bayaran
RM195 termasuk postage (SM) *Jimat RM35
_______________________________

Jimat bukan :) Untung bagi yang grab by set. Complete. 

Macam mana nak tahu samada skin kita normal, sensitive, bermasalah atau berjerawat? Huda akan kongsikan di entry seterusnya. Selamat membaca dan selamat berkenalan dengan produk 360. 

Sebelum terlupa Huda nak share sedikit testimoni dari pengguna produk 360. Ada yang dapat kesn seawal 3 hari. Ada yang seminggu. Semua bergantung kepada jenis kulit kita dan sejauh mana kita berusaha untuk merawat kulit. Check this out :)

Sekiranya anda berminat, boleh tinggalkan link Facebook atau Nombor Whatsapp untuk dihubungi. Ataupun untuk fast service, boleh mesej whatsapp Huda di talian 0165108693. :)
Salam sayang
Sarahuda


Kalau aku KAYA...


Assalamualaikum peeps! 
Pernah tak terlintas dihati, suatu hari nanti kalau aku kaya aku nak sedekah duit aku dekat rumah anak yatim, bagi orang susah dan bla bla bla. Mesti pernah kan walaupun sekali seumur hidup.

SEDEKAH ni tak semestinya kena tunggu kaya baru boleh bersedekah. Salah konsep tu. Walaupun kita tak punya wang berkepok-kepok, kita sedekah la setakat yang kita mampu. Setiap hari sedekah RM1 pun boleh. Yang penting niat kita tu. Asalkan ikhlas berapa nilainya tentang dipandang Allah. 

Huda ada satu kisah berkaitan dengan sedekah ni. Actually ada 2 kisah. Kisah pertama dari pengalaman seorang ustaz. Kisah kedua dari pengalaman Huda sendiri. 

KISAH 1

Seorang ustaz yang dalam perjalanan untuk membeli tiket kapal terbang, tiba-tiba didatangi seseorang yang meminta padanya sejumlah wang kerana disaat itu si peminta amat memerlukan wang. Lalu tanpa berfikir panjang, sang Ustaz memberikan kepada si peminta sebahagian wang tersebut. Setelah mengucapkan jutaan terima kasih, si peminta pun berlalu pergi. Pengiring sang Ustaz pun bertanya...

Perngiring : Ustaz, kenapa Ustaz serahkan wang kepada si polan sedangkan Ustaz perlu membeli tiket menggunakan wang tersebut?
Ustaz : Jangan bimbang. Allah akan menggantikan wang tersebut 2x ganda berbanding wang yang telah diberikan kepada si peminta tadi.

Beberapa minit kemudian, datang seseorang yang tidak dikenali menghulurkan sejumlah wang yang ternyata 2x ganda berbanding wang yang dikeluarkan. Tergamam si pengiring. Lantas mulutnya terkumat kamit memuji kebesaran Alllah.

KISAH 2

Ayah Huda pernah berpesan...'Jangan pernah rasa sayang dengan wang. Setiap kali kita keluarkan wang untuk kegunaan orang lain (misalnya beli keperluan rumah, bantu beli barang adik-adik, bantu ibu-ibu tunggal, anak yatim) katakan pada saat wang dihulurkan...'SEMOGA ALLAH GANTIKAN LEBIH BANYAK LAGI'. InshaAllah lepas tu kita akan rasa tidak terikat dengan wang dan ikhlas memberi.

Huda cuba la ikut pesan ayah. Tiap-tiap kali rasa berat nak hulurkan wang, Huda cakap dalam hati...'SEMOGA ALLAH GANTIKAN LEBIH BANYAK LAGI'. Dan suatu hari bila Huda cek dalam akaun bank ada sejumlah wang yang tak tahu datangnya dari mana. MasyaAllah.

MORAL OF STORY

Sikap manusia sayang pada wang itu adalah biasa. Sebab dalam minda dah set...'kita yang usaha sampai tak tidur malam tapi kena tiba-tiba nak kena bagi dekat orang lain. Kenapa? Kenapa? Kenapa?' Tapi ingatlah dalam setiap wang yang kita perolehi ada bahagian orang lain. Jadi janganlah kita berasa takut untuk mengeluarkan sejumlah wang kepada yang memerlukan. Orang yang terdesak atau memerlukan wang sahaja yang akan meminta. Yakinkan diri kita untuk bertawakkal kepada Allah. Mana tahu Allah sengaja turunkan malaikat yang menjelma sebagai manusia untuk melihat sejauh mana rasa yakin kita pada janji Allah dan kebergantungan kita kepadaNya. Boleh jadi ujian untuk kita. Usah peduli samada yang meminta itu menipu. Itu antara dia dan Allah. Sama-sama la kita tanamkan dalam diri untuk buang rasa sayang pada wang dan jadikan rutin harian untuk bersedekah. Inshaallah...kita bukan sahaja telah membantu orang lain tetapi kita juga telah menyucikan hati kita. Tak dapat nak bersedekah banyak sikit pun takpe. Asalkan IKHLAS. Itu yang utama. :)


Salam sayang
Sarahuda 

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014