Pages

Saturday, May 17, 2014

Percubaan pertama Biskut Snow Almond


Assalamualaikum peeps! 

How are you today? Weekend ni tak pergi mana-mana ke? Huda just stay dekat rumah tapi yang menariknya hari ni Huda, ummi dan adik membusykan diri dengan mencuba resepi BISKUT SNOW ALMOND. Nyum~ Nyum~ Tiba-tiba rasa macam nak dekat Hari Raya la pulak. Hihi. Maklum la...biskut kan sinonim dengan raya. :p

Berbalik kepada main point, biskut ini adalah percubaan pertama. Mujur menjadi. Nak kata sedap sangat tu tak tahu la. Mulut Huda kata okey je. Hew~ Hew~ 

Ikutkan resepi asal suruh gaul biskut dengan gula icing tapi Huda pergi salut biskut dengan coklat. Dah siap kemudian masukkan dalam peti ais. Agak-agak coklatnya dah keras dan terletak cantik, Huda pun ambil dan apa lagi...ngap satu. Haha. Nasib baik sedap. Oh btw kalau korang nak tahu, texture biskut yang dicelup coklat dan dimasukkan dalam peti ais adalah lebih gebu gebas berbanding digaul dengan gula icing. Ini based on pendapat Huda. Mungkin lain orang lain citarasanya. -_-'

 

Jadi untuk raya tahun ni boleh la buat BISKUT SNOW ALMOND lagi. Itu pun kalau rajin la kan. Kikiki. Kalau malas sangat beli je BISKUT TUNJUK. ~>_<'~


Salam Sayang 
SaraHuda

Friday, May 16, 2014

NUFFNANG tak bagi tukar URL BLOG? Biar betul...!


Assalamualaikum peeps! 

Aha...tajuk macam klise sangat tak? Phew~ Tapi itu la hakikatnya. Mesti korang tertanya-tanyakan 'Eyh apa kena mengena NUFFNANG dengan BLOG ni?'. Ha...nak tahu jawapan kena la baca entri ni sampai habis. Ohoi! Straight to the point boleh tak? -.- Haha. Sabar. Nak tahu cerita? Zasss~

Sebelum-sebelum ni Huda pernah terfikir nak TUKAR URL BLOG. Maklumlah URL BLOG yang sekarang tak berapa nak meletops sangat kan. Nak nak pulak bunyi macam kebudak-budakan. Eeee~ Tak kelas tau. Ehem bajet macam dah dewasa kot. Hew~ Hew~ Huda pun tanpa rasa malu-malu kucing terus hantar tiket dekat NUFFNANG. Kenapa mesti NUFFNANG? Yela...NUFFNANG kan raja iklan dalam blog Huda ni jadi harus la tanya NUFFNANG. Nanti tak pasal-pasal ada affect menangis tak berlagu pulak. ~>_<'~

Mula-mula Huda explain dekat NUFFNANG yang Huda dah lama bercadang nak tukar URL BLOG. Kemudian Huda pun minta izin samada NUFFNANG bagi ke tidak. Lepas tu nak tahu apa STAFF NUFFNANG cakap? Ha korang baca sendiri la. Tak sanggup Huda nak explain. Sobs~ Sobs~


Nah! Segedebuk! Hihi. Terus tak jadi nak tukar URL BLOG bila STAFF NUFFNANG cakap macam tu. Makanya kalau nak tukar URL BLOG kena cashout dulu duit dalam akaun. Dah tinggal ringgit atau sen baru pertimbangkan semula samada nak teruskan niat yang satu tu ataupun stay je dengan URL BLOG yang lama. Oh sadis!

Jadi kepada blogger yang punya niat sama macam Huda dan masih memasang iklan dari pihak NUFFNANG baik korang lupakan niat tu sejenak. Kalau tidak duit dalam akaun korang akan BURN macam tu jela. Hoho. Sanggup ke? Tak sanggup jangan buat. Eheh.

Salam Sayang 
SaraHuda

Tuesday, May 13, 2014

BE CPUV NUFFNANG KE 11 : IKEA CHILDREN


Assalamualaikum peeps! 


Alhamdulillah. Syukur. Akhirnya dapat juga merasa BE CPUV dari Mr Nuffnang. Boleh dikatakan ni first time dapat IKLAN ONGOING. Baikkan Mr Nuffnang. Berbaloi setia sampai ke hujung nyawa. Haha. Dulu-dulu teringin juga nak dapat BE CPUV macam orang lain. Ni dapat merasa sekali pun jadi la kan. Hihi. 


Tak sangka sekarang mimpi dah jadi kenyataan. Terima kasih pada yang selalu singgah ke blog Huda yang tak seberapa ni. Inshaallah mana yang sempat tu Huda akan balas kunjungan 


Salam Sayang 
SaraHuda

Friday, May 09, 2014

Restock Item : USA Slimming Soap


Assalamualaikum peeps! 

Alhamdulillah. Syukur. Akhirnya USA Slimming Soap telah berjaya direstock. Untuk batch kali ni Huda cuma restock 36 ketul sahaja. Dan setakat ni 15 ketul dah ada orang book. Tinggal lagi 21 ketul.

Soybean Soap pulak on the way untuk direstock. Ramai yang suka sebab bau sabun yang wangi. Inshaallah jika ada kelapangan Huda akan review produk USA Slimming Soap dan juga Soybean Soap. =)




SENARAI HARGA

USA Slimming Soap : RM4/ketul
Soybean Soap : RM4/ketul
Shiseido Mask (Black/White) : RM1.50/pcs
Eyemask : RM1.50/pcs


Siapa yang berminat untuk dapatkan produk seperti yang disenaraikan di atas boleh contact Huda melalui medium...

Whatsapp : 0165108693

Thursday, May 08, 2014

Tips & Petua #1 : Cara hilangkan kotoran degil atau daki di bahagian kolar dan lengan baju


Assalamualaikum peeps! 

Morning! Bertemu kembali dalam segmen TIPS & PETUA. Okey la...hari ni Huda nak kongsikan sedikit info macam mana nak hilangkan kotoran degil atau daki di bahagian kolar dan lengan baju. Kalau korang rajin, cuba belek baju kemeja lelaki tak kisah la baju ayah ke, abang ke, adik ke mesti ada kotoran degil atau daki ni. Biasa la kan bila berpeluh maka mula la kotoran degil atau daki ni nak menempek. Jadi tugas seorang isteri atau adik-beradik perempuan tak lain tak bukan untuk sental kotoran degil atau daki tersebut. 


Caranya senang sahaja. Ikut step dibawah...

1. Korang cuma perlu sediakan SABUN BADAN dan BERUS KAIN
2. Kemudian ambil sabun badan lalu sapukan pada kotoran degil atau daki di bahagian kolar dan lengan baju.
3. Biarkan selama 2 minit.
4. Berus bahagian tersebut sehingga hilang kotoran.
5. Bilas dengan air.

See! Senang je kan. Tak sampai 5 minit dah siap. >_< 

TIPS & PETUA ni diturunkan oleh mak Huda. So next time setiap kali nak hilangkan kotoran degil atau daki korang boleh la praktikkan TIPS & PETUA ni. Semoga bermanfaat. :)


Salam Sayang 
SaraHuda

Wednesday, May 07, 2014

Bahulu Tradisional bertukar kepada Bahulu Marble


Assalamualaikum peeps! 

Hari ni betul-betul pelik. Weird! Entah kerajinan apakah yang tiba-tiba menular ke dalam badan, Huda terus buka peti ais, kemudian ambil 4 biji telur ayam lalu pecahkan telur tersebut dan masukkan ke dalam bekas. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak buat bahulu. Hahaha~ Sebenarnya dah lama Huda tak ada mood nak berbaking ni. Tapi tadi bila terpandangkan pemukul bahulu (ala yang gulung-gulung tu...macam dalam gambar) yang dibeli bulan lepas terbiar macam tu je, dengan pantasnya Huda ambil dan bermulalah sesi membuat bahulu.

Semangat...usah dicakap. Berkobar-kobar pukul telur dengan gula sampai kembang. Penat? Ada la sikit tapi feeling dia best kot. Feeling ni tak sama dengan guna mesin. Sebabnya bila manual tekstur bahulu ni lagi lembut berbanding guna mesin. Tak percaya boleh la cuba.


Pada mulanya Huda nak buat bahulu macam yang dikedai tu tapi nasib kurang baik. Boleh pulak lepas bakar bahulu ni melekat. Habis semua kulit bahulu yang garing tu. Sobs~ Sobs~ Malas nak panjang cerita Huda tuang je semua adunan bahulu dalam loyang bulat. Puas hati. Haha. Jadi hasilnya seperti dibawah :3


Eyh siapa yang ada petua untuk elakkan bahulu dari melekat tu share la tips dengan Huda. Tak tahu kenapa dia melekat even dah sapu dengan minyak. Sabar je la labu~ -.-'

Sorry tau kali ni tak ada resepi sebab takut tak jadi naya je kena marah ._. Korang kalau rajin cuba la google resepi bahulu dari Chef Profesional. I is Chef Amatur je...bhaha~ Ok la. Jumpa lagi di lain entri. 


Salam Sayang 
SaraHuda