Pages



• Sewa iklan RM5 sebulan (size 125x125) + review blog x 1 • KLIK TEMPAH

Tuesday, October 22, 2013

Kau sentiasa dalam doaku

Assalamualaikum guys.

Korang pernah sayangkan someone macam korang sayangkan ibu bapa korang tak? Boleh dikatakan setiap kali selepas solat fardhu korang tak pernah lupa untuk doakan dia walau dimana sahaja dia berada.

Yes! I am!

Huda sayang sangat dekat someone ni. Dia mempunyai hati yang baik, selalu bagi kata-kata nasihat, tak pernah marah dan pendek kata...

"She is the best and amazing teacher in the world!"

Mesti korang tertanya-tanya siapa la someone tu kan. Siap imagine lagi kot-kot sang teruna. Ah sudah. Teruna la sangat kan. Teruna-teruna tak main la kat sini. Kekekeke.

Ok back to the topic. Macam mana Huda boleh kata yang 'she' is the best and amazing teacher in the world? Kisahnya bermula begini.....(kasi suspen sikit...hahaha)


Huda masih ingat lagi masa tu tahun 2003 dimana tahun tu merupakan tahun keramat untuk pelajar tingkatan tiga. Kami bakal menghadapi ujian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Dan ditakdirkan disaat-saat akhir menjelangnya PMR, utara semenanjung dilanda banjir. Kali ni bukan banjir biasa-biasa tetapi banjir besar sampaikan kawasan rumah Huda dan jiran-jiran dipenuhi air. Dan ayah buat keputusan untuk menempatkan Huda di asrama sekolah sebab ayah bimbang keadaan banjir makin teruk. Takut nanti anak kesayangan tak dapat ambil PMR. Hihihi

Huda ikut je keputusan ayah. Cepat-cepat packing pakaian. Yang tak menahan tu siap bawak segala mak nenek cucu cicit nota dari tingkatan satu, dua, dan tiga sampai penuh satu beg sekolah. Sekali angkat...pergh! Berat macam batu. Hahaha bajet macam nak struggle kaw kaw la kan. Konon boleh dapat 9A. Propa sangat.

Sekali...Cikgu buat announcement kena pindah sebab laluan ke sekolah dah dipenuhi air. Ingatkan masalah dah settle. Tak sempat pun nak tidur satu malam dekat asmara. 

Cikgu arahkan semua pelajar PMR naik bas. Semua pakat usung beg pakaian masing-masing. Huda pulak dengan slumbernya tinggalkan beg yang berisi batu eyh silap...nota tu dekat luar kelas. Melenggang kangkung dengan tak bawak nota. Pergh! Bajet macam dah khatam semua.

Sampai je dekat tempat bebas air, kami diminta untuk ikut mana-mana cikgu balik rumah. Setiap cikgu bawa pulang tiga orang pelajar. Kira cikgu-cikgu ni baik hati nak tumpangkan kitorang dekat rumah diorang. Penginapan percuma...makan pun percuma. Bestkan. Siapa tak suka pergi rumah cikgu. Selama ni asyik tengok cikgu dalam kelas je. Nak jugak tengok rumah cikgu. Hahaha mengada.

Huda tak tahu nak pergi rumah cikgu mana. Nak ajak kengkawan, kengkawan pulak macam ada takde je. Kira lone ranger la jugak. Haha. So Huda belasah jela duduk rumah cikgu mana pun. Kebetulan cikgu tu cikgu favourite. So takde la takut sangat tapi sebelum naik kereta cikgu, Huda jumpa parents dulu. Salam peluk. Minta restu. Mula-mula nak nangis la jugak sebab terpaksa berjauhan dengan parents. Nak nak pulak masa nak exam tapi tahankan. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan. Wuhuu~

Sampai je rumah cikgu, cikgu bawak pergi bilik anak dara dia. Mujur diorang kecik lagi. Kena la beralah dengan kakak-kakak kan. Zzzzz~ Rumah cikgu dua tingkat. Kami duduk dibilik atas betul-betul menghadap tangga. Bilik sebelah kanan bilik anak teruna cikgu (nasib baik kecik lagi...upsss) dan bilik sebelah kiri bilik cikgu. Mujur bilik anak dara cikgu ada toilet. Jadi tak payah la susah-susah menapak ke bawah. Segan kot rumah orang. 

Sementara tunggu malam, kami bertiga baring atas katil. Sunyi. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri. Masing-masing layan perasaan. Tiba-tiba anak dara cikgu ketuk pintu panggil kami makan. Terukkan siap kena panggil bagai. Bila ingat balik malu seh. Tak patut betul. Kalau ikutkan adab bertamu kena la tolong tuan rumah kan. Ish ish ish.

Atas meja penuh dengan bermacam-macam lauk-pauk. Cikgu suruh kami makan dulu. Cikgu kata 'makan puas-puas bagi kenyang.' Kami pun ikut je cakap cikgu. Tak cakap banyak. Sumbat. Sumbat. Sumbat. Habis makan naik atas masuk bilik. Duduk. Baring. Duduk. Baring. Sekali zzzzzzz. Sempoi! Langsung tak study kot. Steady kan. Bukan Huda je. Kawan Huda yang dua orang tu pun sama naik tocang tapi diorang study la jugak sikit-sikit. Huda yang rilex lebih. Kuikuikui. Bukan sehari dua macam tu. Sepanjang nak exam Huda tak study. Baca yang mana ada. Tu la tinggal lagi beg nota. Kan dah...

Setiap pagi, suami cikgu akan hantar kami ke SMKTB. Tu bukan sekolah Huda tau. Kami just tumpang dewan exam diorang je sebab sekolah Huda takde dewan besar. Habis je exam, suami cikgu ambil. Tu la rutin harian sepanjang PMR. Lama jugak la Huda duduk rumah cikgu. Dan setiap malam kerana masakan cikgu yang sedap, kami makan tak ingat dunia. last-last masuk bilik bukan study tapi tidur. Bahagia sangat kan. Takde pun fikir nak buat revision dengan cikgu untuk mata pelajaran Bahasa Arab. Konon dah terer macam minah arab. Hahaha. Pagi esoknya baru kelam-kabut baca nota. Hafal karangan Arab. Nasib baik boleh jawab. Tu pun main hentam. Ntah apa la yang Huda karang. Mau pemeriksa gelak guling-guling. Teheee. 

Dan ALHAMDULILLAH after suffering all of this, Huda LULUS semua subjek PMR. Result tak la segempak mana tapi takla teruk sangat. Kira tengah-tengah la kan. Kalau usaha lebih mesti result cantik sikit. Ahahaha. Biarlah. Nasi sudah menjadi bubur.

Banjir? Yup still banjir dan berlanjutan sehingga ujian SPM. Lama kan. Agak jugak la. Abang Huda pun terpaksa meredah banjir semata-mata nak jawab exam. Hohoho.

------------------------------------------------------------------------------

Kepada Muallimah Salma...

Walaupun dah 10 tahun kita berpisah dan tak pernah bersua walaupun sekali, Huda ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kebaikan dan pertolongan yang telah dihulurkan oleh muallimah sekeluarga. Sampai ke hari ini Huda masih lagi mendoakan mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran setimpal untuk muallimah sekeluarga samada di dunia dan di akhirat...dari segi wang ringgit, ilmu, pekerjaan dan anak-anak soleh solehah. Jika tidak kerana kebaikan muallimah sekeluarga, Huda takkan dapat sampai ke menara gading. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Ameen ya rabbal alamin.

Yang ikhlas,
Anak muridmu

------------------------------------------------------------------------------

Xoxo Huda


0 comments:

Post a Comment

awk komen saya sayang awk lebey...wee

Copyright by SaraHuda 2014. Powered by Blogger.
 
COPYRIGHT@SARAHUDA 2014